Kisah beruk yang di baling mercun bola
Kisah beruk yang di baling mercun bola. Mungkin ada yang dah
tahu dan mungkin ada yang belum tahu mengenai kisah beruk yang hancur tangannya
kerana menyangkakan mercun bola itu adalah makanan. Apa tahunya seekor haiwan?
Kenapa perlu di lakukan perkara sedemikian kepada haiwan? Apa salahnya haiwan
itu kepada perilaku tersebut? Allahurabbi.
Jika tiada makanan yang mahu diberikan, tak usah menganggu
haiwan tersebut. Mereka tidak punya akal! Kita manusia diberikan akal. Hargainya
sebaik mungkin, atau akal yang diberikan langsung tidak berfungsi. Manusia yang
hancur tangannya, apa rasanya? Jika beruk itu mampu berkata-kata, pasti akan di
suarakan, kenapa dilakukan dia sebegitu rupa. Dia Cuma meminta makanan, bukan
minta makanan berharga puluhan ringgit pun, pisang dekat pasar yang berharga
RM3 pun dah cukup. Allahurabbi.
Melalui cerita yang aku baca tadi, beruk tu dah mati akibat
pendarahan yang teruk. Allahurabbi. Ingat, kita menganiaya haiwan juga akan
dihisab kelak. Jangan sampai waktunya nanti, Allah lakukan si perilaku
sebagaimana beliau lakukan pada haiwan tersebut. Haiwan juga makhluk Allah!
Allahurabbi. Sedih aku tengok gambar beruk tu. Nampak dia sedang menanggung
sakit yang kuat. Di manalah sifat simpati yang ada di dalam diri manusia.
Allahurabbi.
Kalau rasa dah tak mampu nak beri makan, tak perlulah
menganggu atau lebih teruk menganiaya haiwan tersebut. Biarlah dia hidup dengan
aman. Dia tak minta banyak pun, kita berikan cebisan makanan kita pun dah
memadai *lebih elok berilah yang sempurna*. Mereka juga punya hak untuk hidup
di bumi Allah. Mereka juga makhluk
Allah. Aku doakan si perilaku di beri rahmat dan kesedaran oleh yang maha esa.
InsyaAllah. Amin.
manusia berhati haiwan
BalasPadamSedihnya.. Dia sakit tapi tak mampu untuk dituturkan. Kita yang meihat mampu memahami dari raut wajah dia..
BalasPadam