Kenapa perlu beriklan di blog.
Kenapa perlu beriklan di blog. Blog adalah salah satu daripada medium media sosial masa kini. Blog bukan sekadar tempat menceritakan perihal semasa dan peribadi, malahan blog boleh dijadikan sebagai lokasi pengiklanan terbaik. Kenapa? Disini aku cuba huraikan kenapa anda perlu mengiklankan produk anda di blog.
Sebuah blog yang terkenal, dilawati hampir puluhan, ratusan malahan ribuan orang hampir setiap hari. Ianya mungkin adalah kerana info atau perkongsian gambar yang menarik di blog berkenaan. Dan jika anda memilih untuk beriklan di blog, peratusan untuk pengunjung melihat iklan produk anda adalah sangat tinggi. Dan inilah di antara sebab kenapa perlu beriklan di blog.
Berbeza dengan pengiklanan di televisyen, yang mana harganya mungkin mencecah ribuan ringgit, slot pengiklanan di blog boleh menjadi lebih murah dan diletakkan di ruang yang bersesuaian, yang pastinya menarik perhatian pembaca. Tidak seperti pengiklanan di kaca televisyen yang mana iklan anda dikeluarkan pada masa-masa tertentu sahaja.
Dengan kehebatan teknologi di hujung jari, pengguna mampu mengakses internet hampir di mana sahaja. Pelayar internet terdiri daripada kalangan professional, peniaga, pekerja, surirumah malahan pelajar sekolah. Melalui “keyword” carian mereka, pelayar internet akan di bawa ke blog-blog berkaitan. Jika anda memilih untuk beriklan di blog, peratusan pelayar untuk mengetahui produk anda juga adalah sangat tinggi.
Ada 1 lagi rahsia besar yang berkemungkinan tidak di ketahui ramai. Peluang untuk produk anda di kenali bukan sahaja di dalam Negara malahan ke luar Negara! Ini adalah kerana, pelayar internet umumnya, pelayar blog khususnya ada yang datang daripada Negara luar. Jadi peluang untuk memperkenalkan produk anda di mata dunia adalah sangat tinggi! Inilah antara sebab terbesar Kenapa perlu beriklan di blog.
Jadi apa tunggu lagi, jika anda inginkan produk anda dikenali ramai malahan dikenali di mata dunia, mulalah beriklan di blog. Harga yang diberikan sudah pasti bersesuaian dan yang pasti, ianya lebih murah jika dibandingkan dengan medium yang lain. Apa ertinya wang yang anda keluarkan jika dibandingkan dengan permintaan produk yang tinggi bukan setakat di dalam malahan luar Negara.
Bacaan tambahan
Tahukah anda, mereka ini menjadi sangat popular dengan hanya menyanyi di youtube? Malah, nyayian mereka juga dikatakan lebih bagus daripada penyanyi asal? Tak percaya? Tonton video secara percuma di SINI.
terima kasih di atas kupasan dan juga perkongsian ini....
BalasPadamHa. Blog bubblynotes juga adalah salah satu daripada blog yang terbaik untuk mengiklankan produk anda. Hehehe
PadamSalam...
BalasPadamSinggah petang...
Nieyl suka buat review barang yang nieyl pakai =)
Ha. Review barang sendiri. Bagus juga tu. Hehehehe
Padam