Bila kali terakhir anda menonton wayang?
Bila kali terakhir anda menonton wayang?. Kalau di tanya pada aku, mudah je aku jawab, sewaktu isteri aku mengandung 6 bulan anak pertama. Sekarang anak sulung aku nak masuk 3 tahun. Dan dah ada adik dah pun. Ini bermakna, dah hampir 3 tahun aku tak tengok wayang. Wahahahha.
Apa ya filem terbaru 2015? Teringin juga nak menonton wayang dengan wife. Sama macam waktu bercinta dulu. Feel tengok wayang ni tak sama dengan feel tengok tv dekat rumah *walaupun rumah aku pakai tv 84 inci* hahahahha. Nampak menipunya kan? Lagi pulak kalau nonton filem seram. Fuh. Berdentam-dentum dalam wayang. Itu belum kira suara extra penonton. Kadang tu jadi tak seram pulak.Yelah suara penonton yang melebih-lebih.
Ingat, nak ambil 1 hari untuk aku dengan wife la. Khas untuk kami berdua. Menonton wayang, minum, jalan-jalan. 1 hari cukuplah. Dapatlah kami rilekkan minda dan tubuh kami. Siapa cakap jaga anak tak penat? Penat ooo, tapi ini amanah. Kenalah jaga betul-betul kan? Bukan kami nak mengeluh tau. Tidak sama sekali. Cuma nak ambil sedikit masa sahaja. Terapi tubuh dan minda. Ye idok? Hehehe.
ceh wah..... dating moment gitu dgn wife kan.... harus le romantis.... akan sampai masa berdua itu menonton dan dating bersama wife.... kali terakhir tonton filem rasanya awal thn filem seram itu pun sebab terpaksa collect data klu x haram nk tgk filem wlpun duk mengaji psl filem.... huhu... teringin la nak dating berdua ngn en husband tgk wayang,,,,, hehehe
BalasPadamcollect data? Uish. Saya tak suka citer seram. Tapi wife suka. hehehe
Padamlast tengok wayang 2 tahun lepas. tengok kartun 3d. tajuk ape entah lupa da. hehe..
BalasPadamMaisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com
saya lupa filem terakhir yang saya tonton. Hehehe. Terima kasih ya sudi singgah.
Padamtengok citer romantik la bro. jangan bawak wife tgk citer ganas2 lak... hahaha
BalasPadamtapi wife ok je. Dia lagi suka tengok citer ganas. Hahahaha
PadamSlm kenal...singgah Blogwalking dr segmen http://www.maisarahsidi.com/2015/08/blog-bertuah-31-ogos-2015.html
BalasPadamKali terakhir beberapa bulan Jun..tgk movie Jurassic World..sjrg kena relax sampai ank hbis upsr :)
upsr baru nak mula kan? Hehehe, maaf tak tahu. Apa pun, terima kasih ya sudi singgah. :)
Padam