Biar Allah sahaja yang menilai.
Sumber : Google
Biar Allah sahaja yang menilai|Manusia kini seakan melebihi yang maha pencipta. Manakan tidak, keputusan dan hukuman seperti terletak di tangan manusia. Siapa manusia? Yang menjadi hamba kepada penciptanya. Siapa hamba? Seluruh manusia, apa layaknya hamba menjatuhkan hukuman?
Semakin pelik aku dengan sikap manusia sekeliling. Yang dengan mudahnya menjatuhkan hukuman dan menilai manusia. Manusia menilai manusia? Mereka yang merasakan diri mereka ini sudah cukup sempurna, pun masih belum melihat keadaan sebenar di dalam syurga. Bagaimana mereka tahu manusia yang di nilai itu akan masuk neraka? Biar Allah sahaja yang menilai.
Yang baik pada awalannya, tidak mustahil menjadi jahat pada akhirannya. Begitulah sebaliknya, yang jahat pada awalnya, tidak mustahil menjadi sangat baik pada akhirannya. Itu adalah kekuasaan Allah. Dia mampu mengubah segalanya jika menginginkannya.
Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."
Surah Yassin : 81-83
Apabila ia menghendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya, jadilah, maka jadilah ia. Allah maha berkuasa. Jadi biar Allah sahaja yang menilai. Tak perlulah kita yang bergelar hamba ini, dengan mudahnya menilai dan menjatuhkan hukuman. Tidak ada lagi manusia sesempurna Nabi Muhammad S.A.W. Apakah ada sifat sombong dan angkuh di dalam hati Nabi kesayangan kita ini walaupun menjadi sesempurna manusia?
Tak usahlah mendabik dada dengan keilmuaan yang ada. Ilmu itu sendiri milik Allah. Dia hanya pinjamkan sahaja. Pernah merasa? Pada satu-satu masa, ilmu yang dah lama kita gunakan, tiba-tiba hilang. Semacam ayat ini:
" Aduh, boleh lupa pulak, aku ingat benda ni. Tapi boleh pulak lupa sekarang ni, sekejap aku ingat balik".
Ini menunjukkan ilmu yang kita ada ni, bukan milik kita. Ia milik Allah. Kalau ilmu itu pun sekadar pinjaman, kenapa dengan mudah sahaja kita nak menilai orang lain? Kenapa tidak biar Allah sahaja yang menilai? Mereka yang menilai ini, belum tentu cukup sempurnanya. Takut kalau perkara yang dinilai itu, adalah tentang diri mereka sendiri. Sentiasalah beringat, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.
apapun biar sahaja Allah yang menilai....
BalasPadam