Sabah Dilanda gempa bumi 6.0 skala Richter
Sabah Dilanda gempa bumi 6.0 skala Richter| Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. Gempa yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.
Difahamkan, beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan. Di Kota Kinabalu, penduduk di apartmen serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan premis serta-merta.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata gegaran dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pedalaman Sabah selain turut dirasai di Sandakan. Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa.
Sumber : berita harian
semoga mereka yang berada di sana dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendaknya...
BalasPadam