Majikan Kayu!

Jun 05, 2015

Majikan kayu! Aku bukan merujuk kepada majikan yang menjalankan perniagaan berasaskan kayu, tetapi aku merujuk kepada majikan "no function". Tak berfungsi. Siapa cakap yang semua bos-bos ini menjalankan kerja mereka dengan baik? Ada bos-bos yang nama sahaja bos, tetapi langsung tak berfungsi.

Aku hingga kini, masih tertanya-tanya, apa yang ada di dalam minda mereka. Apa yang mata mereka nampak? Apakah telinga mereka hanya mendengar kata-kata bodekan semata. Sila buka mata anda majikan kayu!

Lihat siapa yang bekerja, siapa yang tidur. Jangan hanya mendengar kata-kata. Lihat dengan mata sendiri. Siapa yang benar-benar melakukan kerja. Mereka ini yang patut anda hargai. Bukannya berat sebelah. Ingat, esok, bila di hisab, yang maha esa akan tanya, adakah anda benar-benar menjalankan tugas dengan betul. Ingat.

Harapan aku tinggi mengunung bila majikan bertukar tangan. Dengan harapan, apa yang dah berlaku bakal berubah. Tapi harapan tinggal harapan. Majikan sekarang pun sama kayu jugak. Keras je. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dah kenapa? Takkan sama je sampai bila-bila? Berubah la. Pokok pun berubah, takkan manusia nak sama je? Persoalan sekarang sampai bila ianya akan berterusan?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.