Wajah 2 Pemandu Myvi Sebabkan Kematian 3 Beranak.

Mei 08, 2015

kemalangan myvi|gambar|ceritaejoy.

Kemalangan DUKE, 2 Pemandu Myvi Tak Mengaku Salah Sebabkan Kematian 3 Beranak
Kemalangan DUKE, 2 Pemandu Myvi Tak Mengaku Salah Sebabkan Kematian 3 Beranak

Kemalangan DUKE, 2 Pemandu Myvi Tak Mengaku Salah Sebabkan Kematian 3 Beranak : Dua pemandu Perodua MyVi termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuhraya DUKE, awal pagi Sabtu lalu.

Pembantu pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan juruteknik, Mohammad Fizal Reza Jamauddin,31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan secara berasingan di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya kepada awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuhraya DUKE, Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu. 

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 selain lesen memandu digantung. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain menggantung lesen memandu dan pasport diserah kepada mahkamah mereka sehingga kes selesai serta menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes. 

3 ulasan:

  1. teruknya dia orang ni dah la memandu secara bahaya ..x ngaku pulak.. siapa la nak ngaku kan.. macam2 jenis manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. hukuman menyebabkan kematian, gantung lesen dengan penjara. hmm

      Padam
  2. Hm... Ingat bebudak kan.. Sekali dh umur nk masuk 40 an dah...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.