Tukar template blog kali kedua.

Tukar template blog kali kedua|Baru semalam aku tukar template blog ceritaejoy, pagi ni aku tukar lagi. Ish, nampak masih ada ketidakpuashatian aku di situ. Ha. Untuk template kali ni, banyak juga perkara yang memenuhi kehendak aku. Tetapi ianya masih belum 100% untuk aku.

Hehehehe. Bermain dengan coding ni, boleh membuatkan kita sakit kepala kan? Lagi pulak kalau apa yang kita buat tu, tak menjadi. Terpaksa mula balik dari awal. Itu yang penat tu. Kan best kalau ada rakan-rakan yang pakar coding ni.

Tapi itu bukan alasan untuk kita terus belajar dan belajar. Usia muda lagi, jadi haruslah segar kan? Hehehe. Ilmu tak pernah habis. Jadi kena selalu cari ilmu baru dan jangan pernah kedekut untuk kongsikan dengan orang lain. Ilmu bukan milik kita. Ilmu milik Allah.

Ramai sebenarnya blogger malaysia yang berjaya dan tak kedekut ilmu mereka. Suka berdamping dengan orang-orang semacam ini. Alhamdulilah. Apapun, apa pendapat anda tentang template baru ni?


2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.