Permulaan Hari Yang Sungguh Membosankan!

Mei 14, 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kebiasaannya, awal pagi, aku mesti akan buka komputer, periksa email dan bukak blog. Blogger part time macam aku ni, ada idea nak menulis, ada la ceritaejoy tu, kalau takda idea menulis, aku akan update gambar-gambar yang menarik sahaja. *ia menarik pada aku, mungkin tidak pada mata orang lain.

Apa yang menjadikan permulaan hari aku yang sungguh membosankan hari ini adalah, apabila aku ternampak sesuatu di dalam senarai bacaan rakan-rakan blogger malaysia. sesuatu yang menjadikan aku teringat sesuatu yang pernah terjadi pada aku suatu masa lalu.

Sebenarnya, ia cukup terkesan di dalam jiwa, minda, hati nurani aku. Suatu perkara yang pasti aku akan ingat sampai bila-bila. Sebabnya, aku menjadi sangat tidak suka dengan perkara ni. 

Manusia VS kuasa. Inilah manusia, apabila diberikan mandat menjadi pemimpin. Bukan di dalam organisasi besar, cuma di dalam kumpulan kecil, terlalu angkuh dengan kuasa. Bayangkan kalau mereka ini berada di suatu tempat yang lebih besar lagi, entah apa yang akan mereka lakukan, hanya untuk memenuhi nafsu kuasa tu.

Aku tidak menujukan kepada sesiapa, apa yang cuba aku maksudkan. Yang cuba aku kaitkan adalah, sifat manusia apabila diberikan mandat kuasa. Yang hanya kecil pengaruhnya. Apa perlu? Buat keputusan mandatori dan yang lainnya akan turut serta dan mendiamkan diri? 

Pada pemikiran aku, apabila mereka ini, yang mewujudkan sesuatu, dan kemudiannya di anggap berjaya kerana ada sedikit pengaruh, merasa cukup megah. Ya! Semua harus mengikut kata-kata mereka, kerana merekalah yang menjadikan perkara ini gah seperti sekarang!

Nama mereka disebut-sebut semua orang. Kerana merekalah yang mewujudkan perkara ini. Kerana idea merekalah yang menjadikan perkara ini sangat terkenal pada blogger-blogger malaysia. Aku sangat yakin, pasti wujud suatu perasaan lain di dalam diri mereka. Tak usah berbohong pada diri sendiri!

Apa yang cuba aku sampaikan? Manusia apabila diberi kuasa, dan ada pula orang bawahan, mereka pasti mahukan segala arahan mereka dituruti, walaupun ARAHAN REMEH TEMEH! Dan jika terdapat kesilapan, hukuman yang setimpal akan diberikan.

Rakan-rakan blogger yang aku kenal sebelum berlakunya perkara ini, tetap menjadi rakan. Kerana perkenalan aku bukanlah atas dasar kuasa. Perkenalan aku adalah atas dasar persahabatan yang ingin aku wujudkan. Mereka punya hak di atas penulisan mereka seperti samanya hak aku untuk menulis. Tetapi ada bacaan-bacaan tertentu yang pasti aku akan tolak walaupun sekadar menjeling dengan mata.


*Mohon terasa

Haffizul Iskandar

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.