Institusi islam juga bermasalah?

Mei 12, 2015

Institusi islam juga bermasalah|ceritaejoy.

Hai, macam-macam isu sekarang ni. Isu yang sebelum ni, masih tak terjawab, datang pula isu baru kan? Ceritaejoy bukanlah nak tokok tambah atau bikin panas lagi cerita ni, sebabnya, blog ceritaejoy bukanlah blog besar, berbanding dengan blogger malaysia yang lain. Kadang takda orang baca pun, tetapi ia sekadar perkongsian dari hati.

Baik, institusi islam juga bermasalah. Rasanya, ramai dah blogger malaysia yang dah kongsikan cerita mengenai isu "Tabung Haji" tu kan. Cumanya, apa yang cuba aku luahkan dekat sini adalah, kalaulah institusi islam juga dikatakan bermasalah, kemana lagi, kita orang-orang islam ni nak pergi?

Yang menjadi isu sekarang ini adalah, polis sedang menyiasat, siapakah yang membocorkan rahsia ini. Yang menjadi persoalan kepada aku, dan mungkin juga kepada orang lain, kenapa tidak disiasat kenapa perkara sedemikian boleh berlaku. Maksudnya harga yang perlu dibayar tu.

Mungkin orang yang membocorkan rahsia itu, ada agendanya tersendiri. Dan ramai juga yang berterima kasih kepada dia kerana membocorkan rahsia ini. Sebabnya, kalau tidak, tak ada siapa pun yang tahu.

Mungkin tabung haji ada aturcaranya yang tersendiri. Orang cakap, ada planing jangka masa panjang. Tetapi bukankah wang di dalam tabung haji itu adalah milik pencarum? Jadi, jika tabung haji menggunakannya untuk kebaikan pencarum, pencarum juga berhak untuk tahu, kemanakah duit mereka digunakan. Betul tak?

Bila berlaku perkara seperti ini, yang memeranjatkan semua orang, sedikit sebanyak, ia mengundang kegusaran di dalam hati pencarum, sebabnya, ia adalah institusi islam, jika institusi islam juga bermasalah, tak usah cakaplah dengan institusi yang lain kan?

Pencarum berhak untuk tahu kemanakah duit mereka digunakan. Kerana, duit inilah yang akan mereka gunakan untuk ke tanah suci mekah. Duit yang akan mereka gunakan untuk "bertemu Allah". Bukanlah aku cakap, duit itu haram, tetapi kena tahu juga, bagaimana caranya duit pencarum itu digandakan.

Diri aku sendiri tertanya-tanya, apakah institusi islam di malaysia kini, benar-benar mengamalkan cara islam? Persoalan yang mudah tetapi agak sukar mencari jawapan yang tepat.

Buat masa sekarang, hanya tabung haji sahaja yang terbaik di dalam simpanan untuk ke tanah suci mekah. Boleh kalau nak pergi sendiri, tetapi bayarannya yang mahal dan segalanya perlu di uruskan sendiri membuatkan ramai yang memilih tabung haji sebagai satu badan yang sangat dipercayai untuk menguruskan semua perkara.

Tetapi sayangnya, sedikit perkara ini, menimbulkan sedikit perasaan was-was di dalam hati pencarum.


Haffizul Iskandar.

1 ulasan:

  1. Macam2 masalah yg timbul..tak tahu dah nk ckp apa lagi..kita tggu je laaa

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.