Perkara Sebenar Isu Pemandu Teksi Di Serang Sekumpulan Wanita.

April 01, 2015

Pergaduhan kumpulan gadis dengan pemandu teksi

Tampil seorang lelaki yang mendedahkan dirinya rakan sepejabat pemandu teksi berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Azmi.

Berikut adalah pendedahan beliau di bawah:

Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul.

Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera.

Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam.

Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam.

Keluar je dari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.

Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami.

Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak. Kos baikpulih pula menelan belanja RM600.

Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ.

Habis on-scene punya cerita.

Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi. Darah bercucuran di lantai balai polis.

Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.

Demikian penjelasan dari individu bernama Hurairah bagi sebelah pihak pemandu teksi terbabit.

3 ulasan:

  1. pulakk dahhh... ermmmm...
    perkataan "Datuk" dan "Datin" tu sangat menarik perhatian... hihihihiii... :)

    BalasPadam
  2. Biasalah orang kalau dah buat salah tak kan mengaku tambah2 anak orang kaya pulak...hulur je duit kes senyap..so apa tindakan pihak polis yang ada dekat situ..takkan diam saja..harap cikgu azmi tu saman malu balik.Tapi insyaallah di padang masyar kelak ada balasan untuk org macam gitu...tak per aniayai org akan ada balasannya

    BalasPadam
  3. owhh anak org kaya.. hurmm.. tapi kat paper mane ntah..siap buat media conference tu..nk ngtau cite..kalau xsilap td ade terbaca... klau salah sori..huhu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.