Peniaga Ambil Kesempatan Ke Atas GST.

April 06, 2015
Tension pula bila ada peniaga ambil kesempatan ke atas GST dengan cara menaikkan harga barangan sedia ada. Naik pulak bukan sedikit, ada yang melebihi RM1.00! Ianya benar-benar membebankan pembeli dan pengguna!

Baru-baru ni, aku nak beli minyak rambut yang harganya di bawah RM 5.00. Terperanjat aku di buatnya bila tengok harga terbaru, RM5.50! Ini belum di tambah dengan cukai GST sebanyak 6%. Peniaga benar-benar mengambil kesempatan ke atas cukai baharu GST!

Bagaimana rakyat tidak bersuara, ia sangat-sangat membebankan kami. Harga barangan naik secara mendadak! Di tambah pula dengan cukai baharu, kami perlu membayar lebih untuk barangan yang sama! Ada sesetengah peniaga pula, tidak mahu memberikan resit apabila diminta, dengan alasan mereka masih memasukkan data ke dalam sistem. 1 alasan yang pada aku sangat tidak logik!

Ianya benar-benar memberi tekanan kepada pengguna. Baru-baru ni, ada sebuah kedai runcit di kawasan rumah aku yang di tutup kerana aduan orang ramai mengenai harga yang melampau dikenakan kepada setiap barangan di dalam kedainya. Ini menunjukkan, yang ramai peniaga ambil kesempatan ke atas GST!

Ini belum cerita, perihal peniaga yang tidak langsung menurunkan cukai sedia ada, malahan mengekal harga sebelum ini ( termasuk cukai lama) dan di tambah dengan cukai baharu. Ia memberi keuntungan berganda kepada mereka tetapi kerugian maksimum kepada pengguna.

Alasan peniaga mudah sahaja, mereka juga adalah pengguna, dan mereka juga dikenakan GST. Jadi mereka terpaksa menaikkan harga untuk mengimbang semula keadaan ini. Peniaga dapat mengimbanginya dengan manaikkan harga barangan, bagaimana pula dengan pembeli atau pengguna ni?

Apa yang aku dapat lihat adalah, usaha kerajaan di dalam mengurangkan cukai sedia ada, kepada cukai yang lebih rendah lagi. Cukai sebelum ini adalah 16%, tetapi selepas GST, semua cukai adalah 6%. Ini bermakna, kebanyakan harga sepatutnya menjadi lebih rendah. Tetapi sebaliknya berlaku, peniaga ambil kesempatan ke atas GST dengan mengekalkan harga sedia ada dan pengguna perlu membayar cukai baharu 6%!

Sebenarnya, tak kemana pun luahan rasa ini. Sekadar bualan kosong sahaja. Kerana, kebanyakkan peniaga tetap mengekalkan harga mereka. Kami sebagai pengguna, mahu tak mahu, perlu juga membelinya. Kerana ia adalah keperluan. Semoga kerajaan lebih tegas dengan peniaga yang mengambil kesempatan ke atas GST ini.

4 ulasan:

  1. memang dari dulu dah tah Service Charge tak akan dimansuhkan.. Hanya Gov Tax ditukar nama kepada GST.. nilai masih sama 16%... sebab tu pelik bila Menteri kata harga barang akan turun, nilai cukai akan diseleraskan bla..bla..bla... :(

    pun begitu, ada juga beberapa syarikat yang mansuhkan atau kurangkan Service Charge tu.. berapa kerat sangat yg sanggup.. sedangkan kebanyakkannya mengambil kesempatan je lebih.. :(

    BalasPadam
  2. mmg betul semua brg betul2 naik.. beza seringgit dua ringgit... sabar je lah..

    BalasPadam
  3. kena mansuh terus ..senang cerita ..tension bila dok sebut pasal GST

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.