Kehidupan Aku Bukan Hanya Pada Handphone!
Kehidupan Aku Bukan Hanya Pada Handphone|Keburukan teknologi.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. Kehidupan aku bukan hanya pada handphone semata-mata. Malah lebih dari itu! Handphone tidak menjadi sesuatu yang sangat penting kepada aku, melebihi dari apa yang aku perlu. Ia sekadar menjadi penghubung dengan orang yang jauh dan perbualan penting. Bukan setakat berbual untuk mengisi masa lapang!
Aku punya kehidupan aku sendiri. Yang mana aku perlu hargai masa yang ada. Aku punya masa 24jam sehari, dan adalah lebih baiknya aku habiskan masa aku bersama keluarga daripada masa aku berbual di dalam dunia lain. Aku tidak memegang telefon 24jam!
Semua manusia tidak sama! Atau aku mungkin yang lain darinya. Aku tidak tahu bergambar dan teramat sukar bergambar. Lihat gambar pada FB, entah tahun bila gambar itu di ambil. Lihat pada IG, gambar apa yang ada? Ini kerana aku tidak tahu bergambar dan sememangnya tidak suka bergambar. Apa perlu aku dipaksa? Biarkan manusia kata aku sombong. Kehidupan kita bukan menjadi suatu arahan. Ianya adalah suatu kebebasan.
Entah apa yang ingin aku suarakan. Entah sampai atau tidak suara yang aku jeritkan. Handphone tidak menjadi sesuatu yang penting pada aku. Hinggakan, sewaktu kerja, ianya menjadi simpanan tetap di dalam loker. Aku sendiri terlupa nak update perihal keluargaku dirumah. Atau pun, sukar untuk mencari aku di mana.
Sewaktu kerja, aku bekerja, di rumah, masa aku hanya untuk keluarga. Apakah aku tidak bersosial hanya kerana aku tidak melayan apa yang di bicarakan hampir setiap masa? Perkara apakah yang terlalu penting, hinggakan aku perlu lepaskan masa yang ada hanya untuk memahami apa yang sedang dibicarakan? Apa perlu?
Biarkan orang kata aku sombong. Biarkan. Kerana aku punya rasa simpati pada masa anak-anak dan isteri aku. Kalaupun, anda juga ada masa untuk mereka tetapi mampu memberikan masa di antara media sosial dan kehidupan peribadi. Anda manusia terhebat. Tetapi tidak pada aku.
Manusia ini dilahirkan dengan pelbagai sifat. Ada warna-warnanya. Kalaupun semua bersetuju, pasti akan ada seorang yang mendiamkan diri. Apa perlu kita berubah dan melawan kehendak diri hanya untuk keseronokan semua? Apa perlu? Untuk apa? Sekadar hiburan. Matlamat anda jelas. Itu pasti.
Entah apa yang aku ingin luahkan. Ia sekadar pemberitahuan agar semua tahu yang kehidupan aku bukan hanya pada handphone. Ia adalah lebih dari itu. Biarkan orang kata aku sombong. Kerana aku tahu, tiada kata yang lebih sesuai selain dari kata-kata itu. Warna berbeza. Sama juga halnya dengan manusia. Punyai pelbagai sifat. Aku tidak meminta-minta. Aku tidak merayu hanya untuk perkara yang aku rasakan biasa.
Datangku tidak dijemput, pergiku tidak disuruh.
Apa2 pun family first..hehe
BalasPadamAdoii sedih plak bila kak lya baca
BalasPadamSetuju. keluarga lebih penting dari kehidupan sosial.
BalasPadamAdakala terlalu leka dgn media sosial anak menjadi mangsa Dan bayarannya.
Susah banyak pengajaran yg berlaku di depan mata kita
Hargai keluarga
Yg penting hati masing2 dan pengurusan masing2. Kalau bijak membahagikan masa inshaaAllah okay :)
BalasPadam