Entah Apa Yang Dia Ingin Sampaikan.
Entah apa yang dia ingin sampaikan. Siapa Dia? Dia adalah anak aku. Entah kenapa, sejak kebelakangan ni, dia semacam melakukan tunjuk perasaan. Ada saja yang tak kena. Aku cuba untuk memahami apa yang cuba dia sampaikan, tapi hingga ke hari ini, masih lagi belum bertemu jawapannya.
Isteri aku bakal melahirkan anak kedua kami minggu hadapan. Dalam hati aku, mungkin anak aku yang pertama dapat merasakan hal ini. Dan atas sebab tu, dia tunjuk perasaan. Mungkin dia takut, yang dia akan kurang mendapat perhatian selepas ini.
Itu hanya pada pemikiran aku sahaja. Tapi aku tak boleh main fikir macam tu je. Aku kena cari jawapan yang sebenar, atas sebab apa dia melakukan protest ni. Cara dia protest, berdiri tegak dan menangis. Kalau aku tegur sikit cukuplah, dia akan berdiri tegak dalam masa yang lama dan mula menangis. Tapi bila aku dukung dia, dia akan berhenti menangis dan peluk aku sepanjang masa. Hmm, agak-agak kenapa ye?
Jika anak aku dalam usia 2 bulan, aku boleh dukung dia dalam tempoh masa yang sangat lama. Tapi sekarang dia dah 2 tahun lebih. Jadinya, bila terlalu lama dukung dia, dah tentu pinggang aku akan sakit. Tapi bila aku letak dia, dia akan protest balik. Terpaksa la aku dukung dan letak dan dukung balik.
Mungkin dia rasa bosan atau tertekan. Sebabnya, aku dah jarang bawa dia jalan-jalan di taman permainan. Bukan aku sengaja, tetapi atas sebab aku bakal menimang cahaya mata yang kedua, maka aku perlu lebih kuat bekerja. Dan masa aku lebih banyak di office daripada masa di rumah.
Inilah hakikat hampir kebanyakkan rakyat malaysia sekarang ni. Aku bukanlah blogger malaysia sepenuh masa. Ataupun blogger malaysia yang berjaya menjadikan blog mereka sebagai sumber pendapatan utama. InsyaAllah, aku sedang bergerak ke arah itu.
Aku perlu mencari kehidupan yang selesa untuk aku dan keluarga. Bila ini menjadi pilihan aku, aku perlu meletakkan keluarga di no 2. Bila aku memilih untuk senangkan keluarga aku, ianya perlu dibayar dengan masa anak dan isteri aku. Hmmm. Entah apa yang dia ingin sampaikan.
Ia adalah pengorbanan yang perlu dilakukan mereka yang kehidupan mereka sama dengan aku. Siapa yang suka melihat anak-anak mereka, hidup seorang diri (hakikatnya mereka mempunyai ibu & bapa)?
Inilah kehidupan yang perlu ditempuh. Aku masih lagi buntu memikirkan anak aku. Entah apa yang ingin dia sampaikan.

Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com