Debar Menanti Kelahiran.

April 13, 2015

Debar Menanti Kelahiran|Kelahiran Secara Pembedahan

Debar menanti kelahiran anak aku yang kedua. Semoga Allah memudahkan semua perkara. InsyaAllah. Wife aku memilih kelahiran secara pembedahan. Ini kerana, wife aku takut jika perkara yang sama terjadi dengan anak kami yang pertama akan berulang kembali.

Kembali kepada sewaktu kelahiran anak kami yang pertama. Air ketumban isteri aku pecah pada awal pagi. Bergegas juga aku bawa isteri aku ke hospital besar. Alhamdulilah, waktu tu awal pagi, jadi kenderaan memang tak banyak dekat atas jalan raya. Selesai pendaftaran semua, wife aku terpaksa menunggu.

Tempoh masa menunggu itu, aku ingatkan sekejap, rupanya lama! Bayangkan wife aku masuk awal pagi, pada malamnya barulah operation dijalankan. Itu pun, sebab wife aku demam panas! Huh. Di sini wujud satu perkara negatif di dalam minda aku, apakah Doktor sedia ada, benar-benar faham dan tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

Apa yang menjadi kerisauan pada aku adalah, kalau budak lemas macamana? Sebab setahu aku, budak boleh jadi lemas kalau air ketuban kurang. Huish. Sebenar, itu pengalaman pertama aku dalam menjadi seorang ayah, jadinya semua benda yang menjadi perkara utama kepada aku.

Lama jugalah aku menunggu wife aku dekat luar. Yelah, nak masuk bilik operation tak boleh. Rasanya kalau buat dekat hospital swasta, boleh kut kalau nak masuk. Tapi kalau boleh masuk pun, rasanya aku tak masuk jugak. Hmm. Setelah lama menunggu, alhamdulilah, semuanya selamat. 

Debar menanti kelahiran anak pertama dah habis. Ini cerita pengalaman pertama kali berhadapan dengan anak aku pulak. Hehehhe. Bila teringat balik, mesti aku gelak sorang-sorang.

Bila aku dibenarkan masuk dalam wad bayi yang baru lahir. Aku jadi sangat takut. Yelah, macam-macam rupa ada. Yang tertonggeng, yang baik baringnya, yang menangis. Hish! Rupanya, yang aku lihat tu, bayi pramatang, ada juga bayi yang tinggi sakit kuningnya.

Bila terlalu banyak bayi, aku jadi pening sekejap. Dah sudah, mana anak aku ni! Nurse tu pulak suruh aku cari sendiri, melalui nama yang ada dekat setiap bayi tu. Aduh. Cari punya cari, jumpa jugak. Bila pertama kali aku tengok anak aku, dia senyum. Hehehe. Eh, dia senyum dengan ayah dia la. Hehehehe.

Lama aku tenung anak aku. Sebenarnya aku blur, taktau nak buat apa. Aku takut nak pegang. Sungguh. Aku takut sangat nak pegang. Jadi, aku usik-usik je dia. Cakap, ayah datang ni. Bukak mata. Hai, dengar pulak apa yang aku cakap. sekejap je mata dia bukak.

Lepas tu, aku nak azan kat telinga dia. Hahahaha. Aku kan takut nak pegang, jadinya aku suruh nurse tu dukungkan anak aku, sebab aku nak azan kat telinga anak aku. Hahahaha. Nurse tu pun dukungkan anak aku Jangan haraplah oi, dia sekolahkan aku adalah, haahahhaha.

Sudahnya, aku azan je dekat telinga anak aku tanpa dukung dia. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar. Itu serba sedikit pengalaman aku sewaktu kelahiran anak pertama kami. Kini aku debar menanti kelahiran anak kedua. Walaupun perasaan tu sedikit kurang berbanding anak pertama, tapi ia tetap ada.

Kelahiran pertama dan kedua adalah kelahiran secara pembedahan. Sebenarnya, bila ia melibatkan pembedahan, ia sangat-sangat merisaukan aku. Kerana, wife aku tidak boleh langsung makan ubat tahan sakit. Dalam dunia, wife aku cuma boleh makan panadol untuk segala macam kesakitan. Ha, nampak tak ayat aku kat situ? Hanya boleh makan panadol untuk segala macam kesakitan.

Hmm, aku cuma mampu berdoa agar semuanya selamat. Semoga Allah menjaga isteri dan anak aku. Semoga Allah menjadikan semua mudah  dan kedua-duanya selamat. Sedikit coretan aku perihal debar menanti kelahiran anak kedua kami.

InsyaAllah.

5 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.