Belum Tahu Jantina Anak.

April 14, 2015

Belum tahu jantina anak|Cara-cara ketahui jantina anak.

Aku ada bercerita mengenai Debar menanti kelahiran anak kedua aku. Tetapi aku tak bercerita apakah jantina anak aku. Ceritaejoy kali ni, nak kongsikan sedikit perihal jantina anak. Sebenarnya, aku tak tahu pun jantina anak aku. Sungguh! Hahaha, bukanlah kata nak surprise, Aku dan isteri ada juga pergi scan, tapi baby dalam perut tu kepit, taknak kasi tengok. Ha? Boleh ek main kepit-kepit? Ada orang cakap, ada cara-cara ketahui jantina anak tanpa scan. Tapi aku macam tak yakin pulak. Sebabnya, yelah, kalau scan, boleh terus nampak, ni kalau main teka-teka, yang keluar berlainan pulak, macamana? Ha.

Sebenarnya, aku tak kisah pun, lelaki atau perempuan. Asalkan sihat walafiat sudah. Mungkin sebab anak sulung aku lelaki. Dan sebab yang kedua adalah, aku cuma plan nak 2 orang anak je. Erks. Bila aku cakap aku nak 2 orang anak, ramai juga kawan-kawan dan ahli keluarga yang tanya, cukup ke? Adik beradik aku ada 7 orang, adik beradik isteri aku pula ada 5 orang. Jadi, kami dalam kategori keluarga yang subur ( Ini nurse yang cakap ye, bukan aku saja-saja nak cakap). Jadinya, bila sebut nak 2 orang anak jer, ramai pula yang berkata-kata.

Kalau nak ikutkan isteri aku, dia nak seorang anak je. Adoi. Sebenarnya, kenapa aku nak 2 orang, adalah supaya, mereka tak bosan dan ada teman bermain. Aku dah tentu banyak habiskan masa di tempat kerja. Isteri pula, akan mula sibuk dengan perniagaan tempahan baju kurung dia, jadi, masa bersama dengan anak-anak tu, akan sedikit kurang. Kalau ada teman bermain, takdelah anak-anak akan jadi bosan. Betul tak?

Atas sebab itulah, walaupun aku belum tahu jantina anak aku, aku masih boleh cool je. Wahahahahahahha. Bohonglah kalau aku cakap 100% cool kan. Perasaan nak tahu tu ada, cuma peratus dia kecil lah. Pagi ni aku ada tanya dengan pakcik google, apakah cara-cara ketahui jantina anak tanpa melalui proses scan.

Bagi pasangan suami isteri yang tak mahu scan atau tak ada masa nak pergi scan, bolehlah cuba petua orang tua-tua ni. Cumanya, janganlah percaya sangat ye, mungkin betul, mungkin juga tidak. Kalau nak lebih yakin, bolehlah scan. Apa pun, anak adalah rezeki Allah. Biarlah dia lahir dengan sihat dan sempurna. Ya.

Cara-cara ketahui jantina anak mengikut petua orang-orang tua.

1. Lihat pada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan itu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar/melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.

2. Lihat pada nipple breast kedua-dua pasangan. Kalau nipple suami atau isteri terbelah, maka anak dalam kandungan tu perempuan. Sebaliknya, kalau nipple isteri tu bulat/timbul maknanya anak dalam kandungan itu adalah lelaki.

* Hebat betul orang-orang tua dulu ek? Sampaikan ke part ni pun mereka tengok? Haish. Lain macam pula aku bacanya. Hihihihihi.

3. Lihat pada cara tidur si ibu. Kalau ibu suka tidur mengiring ke kanan, maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Kalau ke kiri, anak perempuan lah ye.

4. Lihat pada sikap si ibu. Kalau suka bersolek semasa mengandung, kemungkinan anak yang dikandung adalah perempuan. Kalau tidak suka, kemungkinan anak lelaki.

*Hmm, yeker? Kalau si ibu dah memang suka bersolek, supaya nampak cantik di mata suami, macamana pula? Ish. 

5. Lihat pada wajah si ibu, jika berseri-seri, anak yang dikandung itu adalah lelaki. Dan kalau tak berseri, anak itu adalah perempuan. Sebabnya. orang cakap, anak tu tarik seri ibu dia.

* Macamtu, kena letak nama anak seri ke? Hehehehe.

6. Dan yang terakhirnya, lihat pada respon anak lelaki atau perempuan. Jika anak perempuan suka pada si ibu, makanya, anak di dalam kandungan adalah anak lelaki. Dan begitulah sebaliknya.

*Hai, ini memang semulajadi ke, dari perut lagi dah suka-suka ya. Hihihihihi.

Jadi inilah serba sedikit perkongsian petua orang dulu-dulu, cara-cara ketahui jantina anak tanpa melalui kaedah scan. Cumanya, janganlah terlalu percaya ya. Mungkin ia terjadi secara kebetulan sahaja. Dikurniakan zuriat sahaja sudah cukup besar maknanya. Walaupun aku masih belum tahu jantina anak aku, aku tetap bersyukur kerana dikurniakan zuriat. Alhamdulilah.

3 ulasan:

  1. pernah dikongsikan di blog juga mengenai perkara ini...

    BalasPadam
  2. tak tahulah boleh caye ke takk... hiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi part tengok perut tu, macam betul. Ha. Perut nampak meruncing atau meleper. Ha.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.