Semuanya Bermula Dengan Mentaliti.

Mac 18, 2015

Mentaliti Masyarakat.

Aku bukanlah orang cerdik pandai. Tapi aku masih mampu berfikir apa yang baik, apa yang buruk. Mentaliti masyarakat memang sukar di ubah. Dan semuanya bermula dengan mentaliti.

Apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah, sikap manusia yang tak tahu menjaga kebersihan tandas atau kawasan rehat.

Aku cukup pelik dengan manusia macamni. Aku kadang-kadang terfikir, bagaimana keadaan rumah mereka ni. Adakah sama macam apa yang mereka buat kat sini?

Dah guna tu, bersihkan lah! Takkan nak suruh makcik cleaner pulak yang bersihkan? Memang syarikat bayar makcik tu, tapi kenalah fikir jugak, "barang" awak, bersihkan lah. 

Cuba bayangkan makcik atau pekerja tandas tu, orang yang kita kenal, atau lebih keras lagi, adik beradik kita, ha, macamana? Apa perasaannya? 

Semua ni boleh diubah. Dengan cara mengubah mentaliti. Mengubah cara berfikir. Tak guna ajar dari A sampai Z, kalau mentaliti dah set perkara yang tak betul.

Cuba pandang negara-negara maju macam jepun. Bersih jer negara mereka. Bukan sebab rakyat jepun ni rajin, tapi sebab mentaliti masyarakat sana, yang sememangnya sudah di didik dari kecil akan pentingnya menjaga kebersihan.

Bukanlah aku cakap, rakyat malaysia ni pengotor, tidak. Tapi sebilangan orang yang langsung tak mementingkan kebersihan. Semuanya bermula dengan mentaliti.

Bukan mudah sebenarnya, nak ubah pemikiran mereka yang dah besar panjang ni. Tapi, tak semestinya kita tak boleh ubah.

Caranya adalah, mulakan didikan tu dari kecil. Ajar anak-anak kat sekolah rendah tu, akan pentingnya menjaga kebersihan. Selalu terapkan pada mereka, apa yang akan berlaku jika kita tak menjaga kebersihan.

Pengajaran haruslah fokus dan bukan sekadar "menasihati". Kalau kita berfikiran, mentaliti manusia sukar diubah, memang sampai bila-bila pun, pemikiran manusia ni takkan berubah.

Huh! Penatnya luahkan perasaan. Ini gara-gara seorang manusia yang tidak langsung peka dengan keadaan sekeliling. Yang beranggapan, ada orang yang akan membersihkan "kotoran' mereka. Jika perkara semudah ini, tak mampu mereka lakukan, bagaimana pula dengan penjagaan diri mereka?

Persoalan yang mampu di jawab oleh tuan empunya badan.

4 ulasan:

  1. betul tu. kdg2 malu dgn negara jepun n ngera2 lain yg mgamalkan kehidupan Islam, jaga kebersihan, jaga tutur kata. masyarakt kita sdiri? huhu

    BalasPadam
  2. pokok pangkalnya bermula dengan diri kita sendiri. Kalau nak merubah negara.. belajarlah ubah diri sendiri dulu.. Pegang segala nilai murni dalam diri..

    BalasPadam
  3. setuju juga...sampai naik geli nak ke tandas

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.