Penuhi Permintaan Anak Atau Tidak?

Mac 17, 2015

Anak Memberontak?

Hampir kesemua ibubapa pasti akan merasai pengalaman ini. Yang mana anak-anak akan memberontak apabila permintaan mereka tidak dipenuhi. Di sini, ibubapa ada 2 pilihan, samada penuhi permintaan anak atau tidak.

Jika aku, aku lebih kepada keadaan. Tidak semua permintaan anak aku, aku akan penuhi. Tujuan aku, adalah supaya, anak aku belajar memahami akan kesukaran untuk mendapatkan sesuatu perkara yang di inginkan.

Tetapi, bila kita menolak permintaan mereka, anak-anak pasti akan menunjukkan reaksi "memberontak" mereka. Di sini kelemahan aku. Aku tidak cukup sabar.

Aku akui akan kelemahan ini. Temperature aku mudah naik. Sukar sebenarnya menahan kemarahan ini jika ianya berlaku di tempat awam.

Bayangkan jika anak-anak kecil ini menjerit sekuat hati di pasaraya-pasaraya besar atau di tempat-tempat awam. Apa perasaan anda sebagai ibubapa? Atau mungkin anda ada idea untuk berhadapan dengan perkara seperti ini. 

Pernah sekali aku melayan kehendak anak aku. Hampir seharian aku melayan setiap dari apa yang dia nak. Dan pada aku, masa sehari suntuk untuk dia bermain adalah cukup. Ia juga beserta dengan kewangan. 

Tetapi ternyata ianya belum cukup! Aku terpaksa membawa anak aku pulang, dan waktu inilah dia menunjukkan reaksi "memberontak". Menjerit semahu-mahunya.

Bukan semua permintaan anak ini, perlu ibubapa penuhi. Bila aku menjadi seorang ayah, aku mula memahami akan perkara ni. Sebelum ini, aku ada juga menyalahkan ayah aku, kenapa beliau tak beri semua yang aku inginkan, tetapi sekarang, baru aku sedar.

Aku faham, setiap dari ibubapa, punya cara didikan anak mereka. Tetapi pada aku, aku punya cara tersendiri. Itu terpulang kepada cara individu.

Bagaimana pula dengan anda yang sudah bergelar ibubapa?

6 ulasan:

  1. memang mcabar betul jaga anak2. tapi biasa tgk kak ipar pujuk je ank dia. kadang2 jalan jugk pujukn tu. dan kadang2 tak. huhu

    BalasPadam
  2. Yup, itu yang orang selalu cakap, kesabaran dalam menjaga anak-anak ni kena kuat. Kena saya pula, level sabar tu rendah. Hmm.

    BalasPadam
  3. memang kesabaran kena tinggi.. bukan mudah bila dah ada anak nih.. kena plak jenis tak 'makan saman'..

    BalasPadam
  4. kalau boleh, jangan di ikutkan sangat kehendak anak, nnti kita yang teruk

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.