Kisah Terlambat Ke Tempat Kerja.

Mac 06, 2015
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Mula sekali aku nak gelak. Hahahahahahahahahahahha. Ok. Dah. Hehehhe. Sebabnya adalah, aku baru je post entry yang aku terawal ke tempat kerja. Boleh baca kat sini : kisah terawal ke tempat kerja. Harini, aku nak bercerita pulak kisah terlambat ke tempat kerja. Hahahahaha.

Ceritanya macam ni. Aku dah bangun awal dah pagi tadi. Tapi...tapi aku tidur balik. Hahahahaha. Bukan apa. Mengantuk. Semalam, aku tido lewat. Sebab main game dino hunter. Hish, tidur lewat sebab main game? Kan bagus solat? Erks. Hmm. Ha. Di sebabkan aku tertidur balik pagi tadi, bermulalah kisah terlambat ke tempat kerja  harini.

Buka mata je, dah pukul 0700. Ha?? Apa!! Mencanak la aku bangun tidur. Mandi pun ala kadar je. Ala, orang lelaki kan? Simple jer. Hehehehe. Siap cepat-cepat. Terus panaskan enjin superbike aku. Sementara tu, siap-siap pakai kasut suma. Dah siap suma, vromm ke tempat kerja.

Sampai ke pekan, huhuhuhu, kenderaan ke sekolah dah banyak. Huhuhuhu. Polis dah ada. Memang lambat la aku masuk kerja harini. Tapi, Tapi, Maaf yer incik polis, saya langgar traffic light tadi. Saya janji tak buat lagi yer. Hehehehhe. Benda-benda macamnilah yang buat aku suka pergi awal ke tempat kerja. Tapi apa boleh buat, inikan kisah terlambat ke tempat kerja. Kan?

Sampai tempat kerja, parking dah penuh. Jauh ke belakang aku park superbike aku. Jalan dah tentulah jauh kan? Kena la cepat-cepat jalan. huh. huh. huh. 

Alhamdulilah, sempat masuk. Kalau tak, memang kena tahan la gan guard. Aduh! Semalam lupa pulak nak amik baju kat dobi. Pagi macamni, memang ramailah. Lama aku tunggu nak amik baju. Perut dah bunyi-bunyi ni, aku kalau tak sarapan pagi, mau bertukar jadi hijau kang. Hish. Kisah terlambat ke tempat kerja.

Dah siap-siap tukar baju, cepat-cepat aku ke cafe. Nak kena jugak isi perut ni. Semua kena cepat-cepat, sebab nak kena scan masuk. Waaargh. Aku tak suka kerja macam ni. Aku tak suka gesa-gesa. Aku suka datang awal. Ya. Aku suka datang awal.

Tapi, alhamdulilah sebabnya, walaupun semua dalam keadaan tergesa-gesa, aku masih sempat masuk kerja. Berusaha lagi mencari rezeki untuk keluarga. Alhamdulilah. Amin. Kisah terlambat ke tempat kerja


6 ulasan:

  1. hehe bru je update dtg terawal..arini terlewat plak..ahaks

    BalasPadam
  2. hari ni terlewat 5 minit sebab berjaga malam semalam dari pukul 2 pagi sehingga 4 pagi... mujur pejabat mengamalkan waktu kerja flexi...

    BalasPadam
  3. hehe.. takpe.. kalau lambat pun kena pi jugak..

    BalasPadam
  4. kena set alarm bagi gegar kuat..terus melompat bangun...lg satu tidaoq la awai skit.. :))

    BalasPadam
  5. Ekekeke. Sha pun lambat pegi keje hari ni. Tido je awal, bangunnye lambat jugak. Haish T_T
    Merempit macam lipas kudung atas jalan, but still sempat jugak. Alhamdulillah ;)

    BalasPadam
  6. Kalau bangun lambat, memang kelam kabut jadinya

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.