Jimat Cermat Atau Kedekut?
Manusia kedekut
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ok, ceritaejoy hari ni pasal Jimat cermat atau kedekut? Aku cuma nak kongsi perihal rakan-rakan sekeliling. Bukan semua, tapi ada la yang semacam tu. Aku jenis manusia yang memang makan ikut time. Ikut time yang macamana? Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Ha, ada orang, pagi minum air je, tengahari makan berat, petang minum air je. Aku lain, tiap waktu tu aku makan. Hahahaha.
Bukanlah kata makan semuanya berat. Pagi sarapan macam biasa. Nasi lemak atau bihun goreng. Tengahari makan berat macam nasi campur dan petangnya makan kuih. Standard la tu kan? Tapi ada rakan-rakan aku yang berbunyi. Katanya, aku ni kerjanya nak makan je. Aiks. Aku makan pun nyusahkan orang ke?
Tapi, yang peliknya adalah, setiap kali aku hulur sikit makanan aku kepada mereka. Di ambilnya tanpa di tolak. Itu yang aku pelik. Kita boleh nampak reaksi orang kan, samada mereka ni betul-betul kenyang atau sedang tahan perut. Ini yang buatkan aku jadi pelik. Dalam kepala aku dah tentu fikir, diarang ni jimat cermat atau kedekut pahit?
Untuk tidak berprasangka buruk, aku cuma fikir, mungkin diarang ni ada target. So, duit untuk makan tu, diarang simpan. Tapi, makan kut?? Tak kan nak ikat perut kut? Kan? Ala, kuih, 3 keping baru RM1, bukan RM5. Tul tak?
Yang buat aku tak berapa suka adalah, bila mereka-mereka ni bersuara. Ha, itulah yang buat aku menyampah tu. Kot ye pun korang tahan perut @ manusia kedekut, takyah la nak cakap pasal orang lain kan? Kalau betul korang tu tak lapar, takkan la di hulur ambil tanpa ada tolakan? Ha, kan aku dah bercakap, bunyi macam tak ikhlas pulak aku bagi tu. Hish! Astarfirullah.
Tapi yang buat aku pelik lagi adalah, mereka ni bukan kategori orang susah. Kenapa aku cakap macam ni? Renovate rumah habis puluh ribu kot! So, mereka ni jimat cermat atau kedekut? Memang tak betul la otak diarang ni kan, kalau makan korang ikat semata-mata nak buat benda lain. Perut tu kena isi jugak kan? Ke aku salah?
Aku ni, kalau bercakap, ada je yang salah. Itu cakap orang sekeliling la. Tapi, aku peduli apa kan? Aku punya hidup aku sendiri dan pendapat aku sendiri. Kenapa aku nak diam-diam je. Benda yang betul, aku luahkan la. Takkan semata-mata nak jaga hati orang, hati aku kecewa ( Dah kenapa kecewa pulak kan?) hahahahaha.
Aku kadang tu, aku tanya je. Bro, kenapa ko taknak makan? Ko nyimpan duit ke? Jimat cermat. Ke ko kedekut nak beli? Hahahaha. Ala, tak perlu la nak terasa hati dengan aku kan. Dah jenis aku main cakap je. Lebih baik kita bercakap dari kita tikam belakang kawan-kawan kita. Tak gitu?
Apa pulak pendapat korang? Logikkah kita jimat cermat untuk dapatkan sesuatu tu termasuklah sekat makan semua? Pada aku sangat tak logik. Makan is makan. Hahahaha. Pada aku, diarang ni bukan jimat cermat tapi kedekut. Hahahahaha.
hahaha tanya direct terus tu....kedekut tu xleh blah ekeke
BalasPadamhamboiii. disembur terus. haha klau mcm ainaa yg sjk dari kecil memng sush nk mkn tu kira mcm mna? jimat ke kedekut? >.<
BalasPadamMakan is makan. Konsep "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari." Kut? :D
BalasPadamMakan selari selera nak makan tu ada. tapi berhenti sebelum kenyang. Selagi diberi nikmat untuk makan, teruskan makan. Lagipun kita makan untuk hidup kan. (=
BalasPadamSaya banyak komitmen; hutang bank, tunggakan bil utiliti. Sedaya upaya saya akan cuba elak untuk keluar makan bila di opis. Makan / minum apa yg ada di pantry opis saja. Teringin juga nak makan sedap-sedap macam org lain kat luar makan mcD ke, minum starbuck atau lepak di restoran tapi macam tak boleh. Jadi saya syukur je la kerana masih boleh teruskan kehidupan saya : )
BalasPadam