Iklan Mempengaruhi Minda Anak-Anak.

Mac 24, 2015

Didikan anak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saja aku nak kongsikan perihal iklan yang mempengaruhi minda anak-anak ni. Kalau anda perasan, sekarang ni ada iklan di televisyen yang menceritakan keburukan dadah. Ha, perasan tak?

Mulanya, aku tak berapa perasan iklan ni, atas sebab, aku hanya menonton berita sahaja. Tetapi bila wife aku menjerit-jerit, meminta aku untuk menghalang anak aku dari menonton, baru aku sedar akan perkara ni.

Iklan ni menceritakan kesan buruk akibat daripada pengambilan dadah. Tetapi, tetapi bila seorang kanak-kanak yang masih belum mampu membaca dengan baik, mereka akan melihatnya sebagai satu contoh perbuatan.

Disini ibubapa memainkan peranan yang penting di dalam mendidik anak-anak. Betul, itu aku sangat setuju. Tetapi, bagi ibubapa yang memiliki anak di bawah umur 5 tahun atau kurang, ia pasti sesuatu yang sukar.

Mereka akan menganggap, apa sahaja yang menjadi tontonan mereka sebagai salah satu bentuk pendidikan.

Bukan aku menyalahkan 100% iklan seperti ini, cumanya, pada aku, iklan seperti ini tidak benar-benar menceritakan atau memaksudkan perkara itu.

Perlu ada iklan yang lebih terkesan atau lebih terasa. Hinggakan anak kecil yang tidak tahu apa-apa, akan menjadi sangat takut untuk menonton, apatah lagi mahu mencuba.

Perkara yang mempengaruhi minda anak


Rakyat malaysia sekarang, sudah terlalu kreatif. Mereka mampu menghasilkan iklan seperti ini. Malaysia juga sudah semakin maju. Iklan sepatutnya perlulah lebih fokus atau menunjukkan perkara yang sebenar dan tanpa berselindung.

Kalau kita lihat pada iklan yang ada, banyak perkara tersirat atau tidak menunjukkan perkara yang sebenar. Ia lebih kepada "kiasan".

Aku mencadangkan, supaya iklan-iklan yang ada lebih menceritakan perkara sebenar. Kerana iklan-iklan seperti yang aku maksudkan di atas, iklan yang mampu mempengaruhi minda anak-anak.

Kalau kita lihat pada keadaan di dalam rumah. Bagi ibu yang menjaga sendiri anak mereka. Tumpuan mereka bukan sahaja kepada anak, malahan kepada keseluruhan tugasan rumah.

Bila tumpuan ibu beralih ke arah tugasan rumah, anak-anak akan memilih untuk menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen.

Di waktu ini, pasti akan muncul iklan-iklan yang aku maksudkan tadi. Bagi ibu yang peka, mereka akan cepat-cepat menukar siaran akan menukar perhatian anak-anak mereka kepada perkara lain.

Tapi bagi mereka yang menganggap ia sekadar iklan biasa, takut kalau ia akan menjadi ikutan. Ini yang aku cukup risaukan.

Sekali lagi, aku tidak bermaksud untuk merendahkan niat mereka yang membuat iklan seperti ini. Aku cuma risaukan, jika anak-anak tidak memahami apa yang cuba di sampaikan dan lebih teruk lagi, kalau-kalau menjadi ikutan.

Aku sekadar meluahkan pendapat aku semata-mata. Tidak berniat menjatuhkan atau memperlekehkan sesiapa. Demi untuk semua juga.

2 ulasan:

  1. owwhh..ada juga iklan macam tu ye...?
    errmmm... memang kena berhati-hati sekarang ni.. apa yang keluar kat tv semua kita kena tapis sendiri... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, kena selalu perhatikan anak-anak, apa yang mereka tengok kat televisyen tu. Takut mempengaruhi minda diarang je. hmm

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.