Hijab Mata Anak Kecil.

Anak kecil di ganggu jin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi aku berbual dengan rakan sekerja aku. Semalam dia cuti kerana anaknya demam panas. Dari cerita rakan-rakan lain, sahabat aku ni ada bawa anaknya ke klinik. Tetapi doktor yang merawat mengatakan anaknya tidak ada apa-apa penyakit. Hmm, badan panas tapi doktor cakap takda apa-apa. Pelik tak? Jika tidak ada apa-apa, ini mungkin berkaitan dengan hijab mata anak kecil yang terbuka.

Apa itu hijab mata yang terbuka? Dari fahaman aku, ia adalah suatu keadaan dimana mereka yang mengalaminya mampu melihat "kehidupan" lain selain manusia. Dalam ayat mudahnya, mereka mampu melihat jin,syaitan dan juga makhluk lain selain manusia.

Dari cerita dari mulut ke mulut, ada 1 kisah lama, yang mana seorang gadis yang hijab matanya terbuka, selalu memberitahu akan makhluk-makhluk yang berada di sisi manusia. Agak-agaknya, jika beliau beritahu kepada anda:

 Eh, apa kat sebelah kau tu, kenapa rupa dia seram sangat? 

Apakah perasaan anda ketika itu? Mesti seram sejuk kan? Inilah yang dimaksudkan dengan hijab mata yang terbuka. Kebolehan melihat makhluk halus.

Berbalik semula kepada cerita rakan aku ni, kebiasaannya, jika doktor yang merawat mengatakan anaknya tidak ada apa-apa penyakit, ia pasti berkaitan dengan gangguan jin atau syaitan.

Hijab mata anak kecil kebiasannya juga masih terbuka. Sebab itu, pesan orang tua-tua, jangan di bawa anak kecil ke tempat yang bukan-bukan, ini kerana mereka "mampu melihat" apa yang tidak mampu dilihat oleh orang dewasa.

Bila aku tanya pada rakan aku ni, memang betullah apa yang aku sangkakan. Memang anaknya kena gangguan. Anak dia sering meracau di tengah malam dengan kata-kata:

Jangan ganggu kita lah, jangan usik telinga kita la, ayah! ada syaitan kacau!

Ish, aku tanyakan juga, kalau-kalau dia ada bawa anak dia ke tempat yang bukan-bukan. Rupanya, memang dari dalam perut lagi dah kena gangguan semacam tu. Rasanya tak perlulah aku bercerita tentang tu.

Disini, ibubapa memainkan peranan yang sangat-sangat penting. Dari cerita rakan aku ni, beliau tak percaya pada mulanya, dan beranggapan anaknya sekadar bergurau.

Tetapi tidak! Memang benar, anak kecil boleh di ganggu oleh syaitan dan jin. Dan ianyanya hanya boleh dirawat dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran dan juga melalui perubatan islam.

Itu sebab orang cakap, sebelum masuk rumah, mestilah dimulakan dengan bismillah. Dan juga kalau boleh keraplah azan dan solat berjemaah di dalam rumah. InsyaAllah, terhindar dari gangguan jin dan syaitan ni.

Apa pun, Allah lebih mengetahui segalanya. Wallahualam

3 ulasan:

  1. owh.. kena berubat tu... ada cara utk tutup hijab tu kembali... mmg ada sstgh org Allah buka pndgn hijabnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kebiasaannya, budak-budak kecil memang terbuka kan? Dan akan tertutup dengan sendirinya kan?

      Padam
  2. Biasa budak-budak memang akan nampak benda-benda macam tu. Cuma diorang tak pandai nak cakap. Ibu bapa lah yang kena ikhtiar, usaha.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.