Gigi Geraham Tumbuh.

Mac 10, 2015

Gigi Geraham Tumbuh Sakit.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Owh, Kenapalah dia baru tumbuh sekarang. Gigi geraham bongsu. Gigi yang paling belakang sekali. Sakitnya, hui, berdenyut-denyut. Nak tidur pun tak lena.

Bila aku blogwalking cari perihal gigi geraham yang tumbuh pada usia macam aku ni, memang benar! Gigi geraham bongsu ni akan tumbuh dalam usia 18 hingga ke 30 tahun! Cantik la tu, aku pun nak masuk 30, betul-betul dia tumbuh. Hmm.

Sumber: www.systemicdentist.com
Sumber : www.systemicdentist.com

Kalau korang tengok dalam gambar kat atas ni, gigi geraham ni kat bahagian belakang sekali. Dan search lagi, kenapa sakit bila gigi ini tumbuh.

Dari apa yang aku baca dekat http://www.mmgazette.com/, ada 2 sebab utama kenapa dan mengapa gigi ni tak dapat tumbuh dengan sempurna.

1. Tak cukup ruang untuk gigi ni tumbuh. Tak cukup ruang?? Erks. Sebabnya adalah, seseorang tu memiliki rahang yang kecil. Rahang aku kecik ke? Hmm.

2. Di halang oleh gigi lain. Hmm, ini boleh menyebabkan kesakitan yang lebih lagi kut. Sebabnya, gigi yang tumbuh ni akan tetap tumbuh dan akan menolak gigi yang menghalang tu.

Sumber: www.hanoverdentalclinic.ca

Sumber :  www.hanoverdentalclinic.ca

Eh, jangan tak tahu yer, kalau boleh memudaratkan atau menyebabkan kesakitan yang amat sangat, gigi ni haruslah di cabut. Aku rasa, aku sakit sikit je nie. Hmm. Camana Dr nak cabut ek? Gigi dah la kat belakang sekali, mesti habis dia tekan rahang aku nanti. Arghh. Dr, saya ok je, tak sakit pun. Huhuhu.

Petua Sakit Gigi.

Dah dapat sedikit info mengenai sakit gigi geraham yang tumbuh ni, aku cepat-cepat search petua tradisional untuk ubati sakit gigi ni.

Info ni aku perolehi dari http://www.petuatradisional.com/.

Ada 13 petua untuk sakit gigi ni, tapi aku ambil yang boleh aku buat je. 

1. Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit. Hmm, mula tu, rasa macam lain macam sikit kat dalam mulut aku, lepas tu, rasa ok sikit. Boleh la tidur juga.

2. Gigit 3 kuntum bunga cengkih dekat gigi yang sakit tu. Yang ini aku tak cuba lagi, insyaAllah, nanti aku nak cuba.

3. Bancuh 1 sudu kecil garam dengan air suam, bila garam dah larut, kumur air tu.

4. Hiris bawang putih dan letakkan kat gigi yang sakit tu.

Ha, ini antara petua-petua yang aku pilih dan aku akan cuba. Masa menaip ni pun, gigi aku dok berdenyut-denyut sakit. Di harapnya, gigi aku ni tumbuh dengan sempurnalah hendaknya. Amin.


7 ulasan:

  1. ish. tgk pun mcm terasa2 skit. memng hnya tumbuh msa umur 18-30 ya? huhu xtau pulak aina >.<

    BalasPadam
  2. Yup, baca tadi, memang di akan tumbuh dalam usia macam ni. Hmm

    BalasPadam
  3. suami CN letak minyak cap kapak ! tp berkesan ;)

    BalasPadam
  4. Aa, letak kat pipi ke kat gigi ek?

    BalasPadam
  5. Gigi aku yg last tumbuh time umur 30..skrg dh 2 thn..separuh je keluar..kadang2 sakit..telan panadol 2-3 bijik blh hlg sakit skejap...

    BalasPadam
  6. kalau tumbuh pada umur 16 pulak knp ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye there. Hmm, umur 16 ya. Itu saya tak pasti. Sebab info yang saya baca, dia cakap antara umur 18 ke 30 tahun. Untuk soalan ini, mungkin kamu boleh refer dengan pakar gigi. :)

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.