Cerita Di Sebalik Suami Sebelah Rumah.

Mac 12, 2015



Mula sekali aku nak gelak dulu. Hahahahaha. Sebabnya adalah, aku selalu dengar orang dok bercerita perihal suami sebelah rumah ni. Aku ingatkan mereka-mereka ni cerita pasal suami sebelah rumah diarang, rupanya, cerita pasal drama. Hahahahhahaha.

Aku memang sangat jarang tengok tv. Betul, tak tipu. Kena pulak cerita ni petang kan? Memang aku tak tengok lah. Macamana aku dapat tahu cerita ni? Ceritaejoy bermula begini, aku cerita dengan wife aku, yang kawan-kawan kat office suma dok bercerita pasal suami sebelah rumah diarang. Aku cakap, apalah, dah takde kerja lain ke? Wife aku yang dengar ni, dok bantai gelak je. Wahahahahhaa.

Dia cakap, suami sebelah rumah tu, tajuk drama la. Emosi aku ketika itu? Hahahahha, dah tentu la malu kan? Yelah, tak tahu apa-apa. Tapi, kena tahu ke? Tak perlu pun takpe kan? Hehehehhe.

Lepas wife aku cerita, baru aku tahu, yang cerita ni di ambil dari novel. Owh, banyak ek drama atau filem yang di ambil dari novel. Mungkin jalan ceritanya sudah tersedia, cuma perlu diaplikasikan ke dalam bentuk drama atau filem sahaja.

Wah, untunglah penulis novel sekarang ni, yelah, sebelum ni, karya mereka cuma dikenali di kalangan novel lovers sahaja. Tetapi sekarang, masyarakat umum pun dah kenal mereka. Barulah industri penulisan kat malaysia ni lebih berkembang kan?

Aku tak tahu sebenarnya, keseluruhan cerita suami sebelah rumah ni, jika ada rakan-rakan yang nak cerita sinopsis cerita ni, bolehlah kongsikan yer. Hehehhe.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum,,salam kenal bro,,
    hurmm suami sebelah rumah erk,,,kadang kadang layan gak,,,,
    tapi bgi aku,,citer novel yg pling feel mesti yg kol 7 punya,,ntahlahh,,berhantu kot,,,btw tahniah sbb kena gelak ngan wifee,,hihihi,,,gurau,,peaaceeeee

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam. Salam Kenal. :)

    cerita pukul 7 tu, yang tajuk teman lelaki upahan ke? Wahahaha. ni lagi satu cerita dengan tajuk yang "rare". Memang sekarang ni, semua tajuk cerita cam gini ye? Wahahaha.

    Ikhlas cakap, cerita pukul 7 ni pun jarang sangat tengok. Hahahahaha. Suma wife je yang cerita. Kalau tak, memang tak tahu la.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.