Blog Tanpa Identiti.
Pentingnya Niche Pada Blog.
Blog tanpa identiti bermaksud, blog yang tidak diketahui akan isi kandungannya. Pembaca tak tahu dan penulis blog sendiri pun tak tahu apa yang ada dalam blognya.
Bila pembaca tak tahu, ini akan menyukarkan orang untuk kenal dan ingat akan sesuatu blog tu. Di sini pentingnya niche pada blog.
Sepanjang aku berblogging ni, aku biasa dengar tentang niche ni, tapi aku sendiri tak tahu apa itu niche. Hehehehe. Sampailah aku terasa nak tahu apa itu niche pada blog.
Dari pemahaman aku, niche bermaksud, kandungan utama pada sesuatu blog. Contohnya, seseorang yang baru nak buat blog dan memilih untuk fokus pada bidang kesihatan. Keseluruhan cerita dalam blognya hanya menceritakan perihal kesihatan.
Jadi, niche bagi blognya adalah kesihatan. Jika ada orang yang mahukan maklumat mengenai kesihatan, akan mudah ingat pada blog ni.
Selain tu, kelebihan niche ni adalah, kita akan sentiasa ada idea untuk update blog. Tidak seperti blog yang tidak fokus pada 1 perkara, yang mana mereka sentiasa perlu mencari idea untuk di kongsikan dalam blog.
Di sini, pentingnya niche pada blog.
Blogger Malaysia Terkenal
Blog tanpa identiti ni sama macam manusia tanpa nama. Ha. Boleh kenal tak manusia tanpa nama? Di sini pentingnya niche pada blog.
Kalau kita tengok blogger malaysia yang terkenal, blog-blog mereka mempunyai niche yang mantap dan lazat.
Nama blog mereka terpahat dalam ingatan pembaca-pembaca mereka. Kerana apa? Kerana isi kandungan blog mereka yang fokus pada sesuatu perkara dan banyak membantu pembaca.
Jadi, jika anda inginkan blog anda setaraf dengan mereka atau dikenali ramai, mula tetapkan niche di dalam blog anda.
Mula fokus pada kandungan utama di dalam blog anda. Ini akan membuatkan pembaca tahu dan kenal pada blog anda.
Mula fokus pada kandungan utama di dalam blog anda. Ini akan membuatkan pembaca tahu dan kenal pada blog anda.
Jana Pendapatan Melalui Blog
Kelebihan blog dengan niche yang kuat adalah, boleh menarik perhatian pengiklan untuk beriklan dalam blog. Pemilik blog juga berpeluang untuk dijemput menghadiri majlis-majlis tertentu dan menguji produk terbaru.
Ini boleh menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan ataupun sumber tetap. Inilah cara bagaimana blogger-blogger terkenal jana pendapatan melalui blog mereka.
Sekarang dah boleh nampakkan pentingnya niche pada blog? Mula tetapkan niche pada blog dan jangan biarkan blog tanpa identiti. Mula fokus pada kandungan utama blog. Dan apa yang anda inginkan, akan mula kelihatan.
blog saya masih berada di tahap sederhana kerana kekangan masa untuk blog semakin sikit.harap dapat di pulihkan seperti dulu
BalasPadamblog sy xde niche yg tetap.. semua benda ada...
BalasPadambaru nk cipta niche ni ejoy
BalasPadamya saya dah nampak niche blog hehe
BalasPadamsemoga kita semua akan berjaya mencari niche blog masing2 ejoy, tq atas perkongsian :)
BalasPadam