Bila Anak Mula Memberontak.

Mac 30, 2015

Anak memberontak.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Bila anak mula memberontak. Anak aku dah menjangkau usia 2 tahun lebih, dan dalam usia sebegini, mereka mula menunjukkan pelbagai reaksi. Samada suka atau marah.

Bila suka, semua orang akan merasa seronok, tapi bila reaksi marah atau lebih spesifiknya memberontak, aku yakin tak semua ibubapa mampu menerimanya.

Ini aku tujukan kepada diri aku. Terus terang aku katakan, aku bukanlah lelaki yang penyabar atau ayah yang banyak sabarnya.

Aku sejenis manusia yang mudah sangat datangnya marah itu. Jika, jika ia adalah perkara yang memang aku tak suka langsung.

Baik, apa perkara yang aku maksudkan tu, aku paling tak suka bila anak aku, atau mana-mana keadaan yang mana, anak-anak kecil ni, mula menjerit-jerit sambil berguling-guling di atas lantai. Satu situasi yang mana peratus kesabaran itu sangat rendah!

Jadi bila anak mula memberontak, aku akan turut sama menunjukkan reaksi.

Bukan bermaksud aku langsung tidak memenuhi kehendak anak aku. Semua aku turutkan, tetapi, ternyata ianya adalah salah sama sekali.

Bila kita turutkan semua kehendaknya, ini yang akan terjadi. Bila sekali kita menghalang, reaksi ini yang akan mereka tunjukkan. 

Mungkin ada ibubapa yang mampu bersabar dengan keadaan seperti ini, tetapi tidak pada aku. Sesekali, ibubapa perlu menunjukkan rasa marah mereka, bukan untuk menyakiti anak semata-mata, tetapi sekadar memberitahu yang ada perkara yang tidak boleh diturutkan.

Terfikir jugak aku, kalaulah ada akta yang melarang ibubapa daripada merontan anak mereka, sudah pasti, penjara dalam malaysia ini akan dipenuhi dengan ibubapa yang SAYANGKAN ANAK mereka.

Sikap ibu bapa mempengaruhi anak.

Aku dipengaruhi sikap ayah aku. Ayah aku punya sikap panas baran. Aku sangat-sangat yakin aku terdidik dengan sikap ini. Ini yang aku bawa kemana-mana. Segala macam perbuatan ibubapa, atau sikap ibu bapa mempengaruhi anak. 

Aku selalu tertanya-tanya, kenapa dan mengapa, aku sewaktu kecil tidak merasa seperti kebanyakkan orang rasa.

Bila aku sendiri bergelar seorang ayah, aku dapat jawapannya tanpa perlu aku tanyakan kepada keluarga aku.

Ianya pasti berkaitan dengan perkara yang aku maksudkan di dalam entry aku ini. Bila anak mula memberontak. Dan aku sangat pasti, ayah aku juga tak mampu menerima perkara seperti ini.

Tetapi aku tidak mengikut 100% apa yang telah aku dapat sebelum ni. Kerana anak-anak juga punya hak mereka. Hak untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka. Aku sebagai ayah, tidak boleh menghalang "kebebasan" anak aku.

Tetapi aku juga tidak mampu melawan sikap pemarah yang ada dalam diri aku. Bila kita benar-benar marah, kita akan lupa segala macam bentuk kasihan. Bila segalanya kembali normal, ia pasti terkesan!

Aku suka mengambil sedikit ruang di dalam hidup aku, untuk mengenang kembali, saat manis bila aku bergelar ayah. Yang mana, bersyukurnya aku menerima zuriat kurniaan Allah.

Malu kalau seorang lelaki, ayah dan ketua keluarga menitiskan airmata di depan isteri dan anak-anak. Bukan kerana EGO, tetapi tidak mahu anak-anak menganggap ayahnya seorang yang lemah.

Disini ruang aku, meluahkan segalanya. Anak kecil tak tahu apa-apa. Mereka tidak faham apa yang sedang berlaku. Dalam setiap kemarahan yang ada, pasti lebih kasih sayangnya.

Aku selalu menganggap suatu keadaan dimana, kemarahan itu ibarat ribut taufan berserta hujan dan petir. Bunyi yang terhasil sangat mengerunkan jiwa. Tetapi bila ianya selesai, ada sesuatu yang sangat lembut dan bersinar. Yang mampu membuatkan semua tersenyum riang melihat pelangi.

Maafkan Ayah Ya. Ayah tak berniat menyakiti kamu. Bila sampai masanya, kamu pasti tahu, kenapa ianya perlu sebegini.

Bila anak mula memberontak.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.