Semua Tak Kena Di Buatnya!

Februari 09, 2015
Mata aku kena ketumbit! Betul-betul menganggu. Tambah pula sakit. Berdenyut-denyut. Fuh! Dah letak ubat antibiotik, tak jugak susutnya.

Kalau tunduk, rasa macam nak terkeluar pun ada. Hish. Aku dan cuba picit, tak juga menjadi. Semua tak kena di buatnya. Nak buat kerja susah. Nak tengok pun susah. Hmm.

Tadi, aku dah geram, aku ambil ubat stapler, tengakkan besi dia tu, dan cuba cucuk. Fuh! Sakit sungguh. Tapi tak juga berhasil! Bertambah geram la aku dibuatnya. Kawan aku cakap, jangan guna ubat stapler tu, tapi guna duri pokok limau. Ha? Mana nak cari kat office ni?

Duri limau yer? Kat rumah aku ada pokok limau. Balik ni aku nak operasi lagi. Buat sementara waktu ni, kena la tahan dulu. Tapi semua tak kena la jadinya. Hmm.

8 ulasan:

  1. biarkan je dulu, nanti bila da lama2, akan keluar benda putih.. ia pecah sendiri dan pulih sendiri...pernh kena dulu.. rasa bengkak dan tak selesa...

    BalasPadam
  2. weh ejoy jangan buat kerja gilo..kang buto mato tu baru padan..haha, ko ni lah..pegi la klinik mungkin dokter bagi ubat baik punya...jagan memandai yai tau. risiko bahaya !!

    BalasPadam
  3. PCL: Hehehhe. Kadang-kadang kerja gila tu yang seronok. Hehehehe.

    BalasPadam
  4. Cik Sal: Dah keluar putih tu. Nak cucuk kat situ la. Tadi dah cucuk gan ubat stapler. Tapi taknak pecah. Berair mata. Huhuhu.

    BalasPadam
  5. Inani. Terima ksih yer. Hehehhe..:)

    BalasPadam
  6. petua atuk saya dulu, kalo kna ketumbit, letak hirisan bwg putih kat tepi mata. selamat mencuba :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.