Risiko Penunggang Motosikal.

Februari 27, 2015
Aku lebih gemar menggunakan motosikal ke tempat kerja. Jarak antara rumah ke tempat kerja dalam 20minit jer. Aku mula kerja pukul 0745. Dan kebiasaannya, jam 0630, Aku dah keluar rumah. Awal tak? Hehehe? Kenapa aku keluar awal? Ha, inilah yang nak cerita perihal risiko penunggang motosikal ni.

Laluan yang aku guna boleh dikatakan sangat sibuk. Ada 1 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah. Jalan rayanya pula tidaklah terlalu besar. Bila aku lewat, yang mana, waktu ibubapa dan bas sekolah hantar pelajar ke sekolah, waktu inilah risiko terbesar bagi penunggang motosikal.

Kereta dengan sesuka hati keluar simpang. Itu kereta, kalau bas lagilah kan? Kita yang kecik ni, idok nye di pandang. Kita pula yang kena fokus dan fokus dengan keadaan jalan raya. Bukan tak pernah berlaku kemalangan. Banyak kali dah. Tapi, ianya tidak di ambil pusing oleh orang ramai. Yang penting, tujuan mereka tercapai. Hmm, dah pilih motosikal, kenalah terima risikonya kan?

Jenis aku pulak, tak suka tekan hon. Rasanya, dalam hidup aku sepanjang jadi penunggang motosikal ni. Sangat-sangat jarang bunyikan hon. Ha. Itu la bahayanya ( Kata wife aku la). Sebab orang tak perasan penunggang kecil macam aku ni. Kereta besor-besor, lori besor-besor. Manakan nak pandang motosikal kan? Inilah antara risiko penunggang motosikal.

1 lagi yang aku paling tak suka adalah, jenis yang kejar traffic light. Lampu kuning nak masuk merah dah. Tak payah cakap lah, dah merah pun, dia redah jugak. Ada jenis penunggang motosikal, dia dah hafal laluan traffic light ni. Dah tahu mana laluan yang akan hijau dulu. Jadi, tak tunggu beberapa minit, dia jalan je. Kereta yang langgar traffic light ni main jalan je. Ha, itu yang leh jadi kemalangan tu. Bahaya tak? Besar kan risiko penunggang motosikal ni?

Sebenarnya, apa-apa kenderaan pun ada risiko bila berada kat atas jalan raya ni. Cuma, pada aku, risiko yang paling besar adalah pada penunggang motosikal. Sebabnya mereka terdedah kepada kecederaan yang lebih teruk.

Bukan nak cakap apa, kalau sama-sama menjaga keselamatan, insyaAllah, kita dapat kurangkan kemalangan jalan raya. Cuma, dalam setandan pisang, pasti ada yang buruk kan? Yang inilah, kadang-kadang menjadi penyebab kepada kemalangan jalan raya. Sama-sama fikir yer.

4 ulasan:

  1. Memang risko besar tp sampai cepat bevas jam... bolehh selit

    BalasPadam
  2. memang benar ejoy, penunggang motorsikal memang sgt berisiko, apapun langkah untuk keluar awal pagi memang yg terbaik salah satunya kita tak perlu tergesa-gesa sepanjang perjalanan.

    BalasPadam
  3. Yup. Keluar awal supaya tak terkejar-kejar. Semua perkara di lakukan dengan berhemah. Hehehehhe

    BalasPadam
  4. hati2 di jalanraya dik..jgn lupa baca doa naik kenderaan hehe

    naik motor ni, salah sendiri pun sendiri kena. salah orang lain pun, sendiri kena. risiko tinggi bebenau..moga Allah beri kemudahan dan keselamatan.Amiin

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.