Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom!

Februari 23, 2015
Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom

Kepulauan Marieta adalah kumpulan kecil pulau-pulau yang tidak didiami, terletak beberapa batu di luar pantai Nayarit, di Mexico. Sejak pulau-pulau ini telah dilabel sebagai taman negara, terdapat peningkatan dalam populasi hidupan laut kerana pulau-pulau ini telah dilindungi dari segala aktiviti memancing dan pemburuan oleh kerajaan Mexico.

Sejak beberapa tahun lepas, Kepulauan Marieta telah berubah menjadi destinasi pelancongan popular yang menyediakan fauna yang kaya termasuk makhluk seperti ikan paus kelasa, ikan lumba-lumba dan pari manta.

Terdapat 1 keajaiban di antara pulau-pulau ini, ianya adalah "Playa del Amor" atau "pantai cinta" tetapi biasanya dirujuk sebagai "pantai tersembunyi". Ianya di gelar sebegini adalah kerana ia sepenuhnya tersembunyi di dalam sebuah gua rerongga, dan hanya boleh dicapai dengan berenang melalui terowong yang pendek dan sempit. Walaupun pantai itu sendiri adalah semula jadi, rerongga yang terhasil di bawahnya dilaporkan buatan manusia.

Adalah dipercayai bahawa Pantai Tersembunyi telah tercipta hasil daripada pengeboman sebelum perang dunia pertama bersama-sama dengan hakisan semula jadi batu di kawasan sekitarnya.

Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom

Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom

Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom

Pantai Tersembunyi Ini Terhasil Daripada Ledakan Bom

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.