Pakej Sakit!

Februari 06, 2015
Betul-betul pakej sakit yang aku dapat ni. Mata kena ketumbit. Tekak pulak sikit punya perit lagi. Rasa macam luka pun ada kat dalam tekak aku ni. Minum sakit, makan lagi la sakit.

Mata aku ni, rasanya tahun lepas, 5 ke 6 kali kena ketumbit. Dia punya sakit, hish. Aku ada search kenapa penyakit ni berlaku. Ia disebabkan oleh ada kelenjar mata yang tersumbat. Hmm. Tersumbat ke? Dalam masa yang sama, tekak aku pulak sakit. Ini baru betul pakej sakit.

Kat tempat kerja aku ni, ngah musim demam+selsema+batuk+macam-macam sakit. Bila duduk dalam office, udara sudah semestinya pusing-pusing kat dalam tu jer. Maka dengan mudahlah penyakit boleh berjangkit. Kan? Bila dah berjangkit, itu yang boleh jadi pakej sakit tu.

Dulu aku pernah kena sekali macam ni. Sakit tekak yang sangat-sangat. Lama jugak lah aku makan bubur. Ni kena lagi. Hmm. Aku tahu, setiap penyakit itu adalah penghapus dosa. Hmm. Banyak juga dosa aku ni. Pakej sakit.

Aku nak cari petua untuk ubatkan sakit aku ni. Aku dah malas nak bergantung pada ubat je. Nak cari yang tradisional pula.

5 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.