Pagi Yang Huru Hara!

Februari 10, 2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hmm, pagi ni memang huru hara aku di buatnya. Mulanya, waktu aku nak bergerak ke tempat kerja. Kebiasaannya, sebelum jam 0630, aku dah bergerak ke tempat kerja. Tapi pagi tadi, dah jam 0650! What?? Macam biasa la kalau dah lambat, memang aku pusing je throttle superbike aku tu. Dalam kepala aku masih ok lagi la. Sebab jarak rumah dengan tempat kerja, takde la jauh sangat. So, tak nampak huru haranya lagi.

Sampai dekat bandar alor gajah. Di sinilah mulanya episod pagi aku yang huru hara! Jalan jammed! Sebab budak-budak dah mula nak masuk sekolah. Ibubapa dah mula memberhentikan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan. Jalan yang besar dan luas, tiba-tiba jadi 1 lorong macam jalan dekat kampung aku! Wagrhhh!

Bas sekolah suka-suka je masuk jalan utama. Aku yang bawak superbike ni, terpaksa la berhati-hati. Yelah, aku kecik je. Mereka orang besar. Huhuhuhu. Dah lepas kawasan sekolah, aku ingat dah lepas la semuanya. Jalan depan sikit! Aduh! Apa an pulak nih! Polis pulak control jalan. Jalan jammed pulak kat kawasan majlis daerah! Huhuhuhu. Betul-betul Huru hara nih!

Yang buat aku jadi lagi huru hara pagi ni, sebabnya, perut aku sakit! Weh! Perut sakit kot. Sapa yang boleh tahan. Semua benda boleh jadi kalau kita ngah sakit perut. Betul tak? Huhuhuhu.

Akhirnya sampai jugak aku kat tempat kerja. Alhamdulilah. Tapi masih belum habis lagi episod huru hara aku pagi ni. Perut sakit. Uniform kerja tak ambik lagi kat dobi. Aku kena amik baju dulu. Nak amik baju kat dobi waktu pagi, bukan mudah! Sebabnya orang dah mula ramai. Huhuhuhu. sebab tu aku suka pergi kerja awal. Supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Dah ambil baju baru boleh ke tandas. Waktu tu jam dah pukul 0720. Masuk kerja jam 0745. Aku belum sarapan lagi nih. Aku kalau tak sarapan, memang tukar jadi hijau kang. So, semuanya aku kena buat dengan cepat! Argh!! Tensen betul aku pagi ni. Huru hara betul.

Dah siap-siap semua. Aku kena kejar nak scan. Kang declare masuk lewat pulak kang. Tempat nak scan pulak jauh. Jalan la laju-laju. Fuh! Betul-betul cukup time aku masuk kerja harini. Barulah aku boleh tarik nafas lega. Sampai la aku update entry aku ni. Huhuhuhu. Episod pagi aku yang huru hara!

#akunakpakaisuperbike
#superbikeakutuhondawavejer
#muladenganyangkecik
#barubolehpakaiyangbesar
#rezekidariAllah
#insyaAllah

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.