Perginya Seorang Tokoh Agama : Nik Aziz

Februari 13, 2015
Kota Bharu: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 9.45 malam tadi di rumahnya di Pulau Melaka, di sini.

Berita pemergian tokoh agama dan politik itu dimaklumkan oleh ahli keluarga terdekat Allahyarham.
Terdahulu, bekas Menteri Besar Kelantan dibawa pulang ke rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira 8.55 malam tadi selepas berada di HUSM sejak 19 Januari lalu kerana kanser prostat.

Beliau dilihat diusung dengan menggunakan katil dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bantuan oksigen.

Difahamkan Nik Abdul Aziz keluar daripada wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira 8.40 malam.

Kelihatan orang ramai mula membanjiri perkarangan kediaman sejak 8 malam tadi.

Perginya Seorang Tokoh Agama : Nik Aziz


6 ulasan:

  1. innalillahi wainnalillahi rojiun hmm :((( al fatihah!!! :(((( !!!

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    BalasPadam
  3. Al fatihah dan salam takziah utk seisi keluarga arwah,.

    BalasPadam
  4. Innalillah. Perginya terasa sebuah kehilangan.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.