Kenapa Aku Tidak Di Sukai Rakan Sekerja.

Februari 10, 2015
Kerana aku tidak pandai menyembunyikan apa yang sebenarnya berlaku. Aku lebih suka meluahkan apa sahaja yang aku rasakan benar. Dan inilah antara penyebab kenapa aku tidak di sukai rakan sekerja.

Pada aku terlalu ramai yang bermuka-muka. Jenis manusia talam 2 muka. Belakang cakap lain, depan cakap lain. Aku langsung tak minat perangai macam tu. Jenis aku pulak, kalau aku tak berkenan, aku cakap je, dan kadang kala, ayat yang aku guna, adalah secara terang-terangan dan tidak langsung berselindung. Mungkin ini juga antara penyebab kenapa aku tidak di sukai rakan sekerja.

Aku tak pandai bergurau. Dan aku memilih untuk bergurau. Kenapa? Sebabnya adalah, aku langsung tidak berminat dengan manusia, yang mana mereka boleh bergurau tetapi tidak boleh terima gurauan dari orang lain. Jenis manusia, yang mereka boleh buat pada orang lain, bila orang lain buat balik kat mereka ni, nak hangin pulak. Ha, aku langsung tak minat manusia macam ni.

Mungkin ini antara sebab-sebab aku tak disukai rakan sekerja. Aku lebih berterus terang. Dan biasalah, bila kita jenis yang macamni, bukan semua nak dekat. Rasanya, sebab tu jugaklah aku kurang kawan. Ada juga rakan-rakan "baru", yang baru nak kenal aku, jauhkan diri dari aku. Sebab perangai aku ni lah. Ada juga yang kononnya, nak boikot aku. Hehehehehhe.

Kenapa aku gelak? Sebabnya, aku dah bekerja kat sini nak masuk 9 tahun. Bila ada orang baru, yang kononnya nak boikot, nak jauhkan diri dari aku. Aku dah tak kisah. Sebabnya, aku pernah di letakkan di satu tempat, yang memang jarang campur orang. Lama aku duduk situ. Dekat 1 tahun. Dan akhirnya, leader aku pulak yang tension. Hahahha.

Dah perangai aku macam ni. Aku tak berminat nak jadi manusia yang bermuka. Jenis manusia talam 2 muka. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Kalau aku dah tak suka atau berkenan, aku cakap je. Memang koyak la sapa yang dengar, tapi lebih baik macam tu, daripada aku memburukkan orang kat belakang orang tu. Kan?


10 ulasan:

  1. Well..
    Jarang jumpa orang macam awak...
    Apa pun tahniah sebab mampu harung 9 tahun suka duka di tempat keje..
    Inilah dunia.. macam2 jenis orang ada...

    BalasPadam
  2. Bagus berterusterang..stand on your own..hidup biar berprinsip...syabas! heee

    BalasPadam
  3. tula buat kerja sendiri je . xyah cara ke orang yang dha tak suka kita

    BalasPadam
  4. Bagus... bonde pon tak suka mereka yg suka berpura-pura dan plastik

    BalasPadam
  5. Janji keje kita jalan. Org biasa la dengki kan.

    BalasPadam
  6. bagus juge sifat berterus terang nie..

    BalasPadam
  7. selalunya org yang cakap lepas ni dia x simpan dah dalam hati..orang yg jenis mcm ni lebih better dri yg smpan dlm hati finally ckp blkg..huhu

    BalasPadam
  8. Harap kita dlm group boleh bekerjasama ttg apa yg kita persetujui. Saling mengenali barulah mudah utk saling memahami antara satu sama lain. Kita hanya kenal diri kita, tapi kita perlu cermin untuk melihat diri...jadikanlah sahabat sbg cermin itu.

    BalasPadam
  9. just be yourself...yang penting kita tahu apa yang kita buat..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.