Kembali Setelah Bercuti Panjang!

Februari 23, 2015
Alhamdulilah.

Setelah lebih kurang 10hari aku bercuti, barulah hari ini aku kembali berblogging! Hoyeh! Cuti panjang sangat ni. Hehehehhe. Kembali semula setelah bercuti panjang.

Kenapa cuti panjang tapi tak berblogging? Jawapannya adalah kerana, aku cuma berblogging bila berada di tempat kerja. Kerana aku adalah blogger yang tiada komputer dan internet sendiri. Erks. Tapi punya impian yang tinggi untuk menjadi seorang blogger yang terkenal. Sama juga macam kamu semua. Hehehhe. Jadi, setelah bercuti panjang, kini aku kembali semula. Hamboi, macam retis pulak bunyinya. Cakap macam ramai yang tertunggu-tunggu aku, tah-tah langsung takda. Hahahaha.

Apa pun, aku tetap juga nak jadi blogger. Sebuah ruang yang pada aku, boleh aku bercerita dan belajar banyak perkara. Blog ni banyak mengajar aku erti kehidupan. Melalui bacaan-bacaan dari blog rakan-rakan lain. Ha.

Mana aku pergi cuti panjang ni? Tak kemana pun, cuma menghabiskan masa bersama keluarga. Kan orang cakap masa bersama keluarga itu adalah 1 masa yang cukup berharga? Jadi, aku perlu gunakan ia sebaik mungkin. Tul tak? Hmm, lama cuti ni, sepatutnya mesti banyak cerita yang aku leh kongsikan.

Apa pun, entry ini cuma berkisarkan aku kembali setelah bercuti panjang sahaja. InsyaAllah, jika Allah kurniakan aku idea yang banyak, bolehlah aku bercerita lagi. Amin. :)

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.