Kehidupan Anak Perantauan.

Februari 03, 2015
Bila aku duduk sorang-sorang kat office ni, aku mesti teringatkan keluarga aku kat utara sana. Susah aku nak balik sana. Belanja semua. Hmm. Tambah-tambah lagi, aku dah bekeluarga. Kalau nak balik sorang, memang takda masalah, tapi nanti apa kata orang tua kan. Sebabnya, mereka nak jumpa cucu nya, bukan anaknya. Hmm. Lumrah kehidupan anak perantauan.

Sebelum ni, aku boleh balik kampung 2 kali setahun. Sebabnya, ada 2 cuti panjang, cuti raya cina dan raya puasa. Lepas aku bernikah, wife orang melaka. So, secara automatiknya, mesti bertukar raya. Jika tahun ni raya melaka, tahun depan raya utara. Ini bermakna, aku boleh pulang berjumpa keluarga aku hanya 1 kali setahun (Jika aku mengambil cuti raya di melaka). Hmm. Lumrah kehidupan anak perantauan.

Cuti pendek tu ada, tapi macam tak berbaloi untuk balik sana. Sebabnya belanja untuk balik dah tentu-tentu mahal, tambah pulak dengan waktu yang singkat. Sekali lagi, boleh jer kalau nak balik sorang, tapi bak kata ayah aku, takde gunala kahwin dan ada anak kalau nak balik sorang-sorang. So, kena balik 1 family. Bila nak balik 1 family, hanya ada masa-masa yang ada tu jer. 1 kali setahun? Cukup ke? Hmm. Lumrah kehidupan anak perantauan.

Masa tetap berlalu. Dan tak mungkin kembali. Aku tetap macam ni. Hmm.

2 ulasan:

  1. tulah kan..anak perantau..saya dekat je 2jam perjalanan tu pon sebulan sekali balik kampung..sebab suami kerja 6 ari..setakat balik kampung sehari..tak puas

    BalasPadam
  2. Sama lah. Keje merantau jauh dari family. Balik pun sekejap-sekejap je. Dah nasib. Huhu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.