Bayi Perempuan Jadi Mangsa Cabul Suami Pengasuh!
Kuala Lumpur: Malang buat seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan apabila menjadi mangsa cabul ketika berada di rumah pengasuhnya di Kepong, di sini.
Kejadian itu hanya hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 7.30 petang Jumaat lalu sebaik mengambil anaknya itu dari rumah pengasuh terbabit.
Menurut sumber, difahamkan si ibu yang berusia 33 tahun mengesyaki anaknya dicabul suami pengasuh terbabit berusia 30-an.
“Mangsa menyedari perubahan anaknya itu ketika ingin menukar lampin pakai buang apabila terlihat kesan gigitan di badan dan lebam di alat sulit bayi itu,” katanya.
Sumber berkata, wanita terbabit kemudian menghubungi pengasuhnya dan bertanya mengenai hal itu namun diberitahu kesan itu akibat anaknya belajar duduk serta akibat lampin pakai buang tidak ditukar.
“Sangsi dengan alasan pengasuhnya, dia yang tidak berpuas hati kemudian merujuk perkara itu kepada pihak hospital.
“Selepas pemeriksaan wanita terbabit terkejut apabila dimaklumkan doktor ia bukan daripada kesan lampin pakai buang sebaliknya terdapat tanda dicabul,” katanya.
Wanita itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

Macam2 hal sekarang ni..kesian kat baby tu..manusia yang buat tu mmg takde perasaan la kan..dah macam binatang dah lagaknya..
BalasPadamitulah. Tah mana la akal mereka ni. Bayi lagi, pun ada nafsu. Hish!
BalasPadamNauzubillahi Min Zalik... takut sangat dengan kerenah manusia tanpa iman masa kini.
BalasPadam