40 pelajar sekolah histeria serentak!
Kota Tinggi : Sesi pembelajaran sebuah sekolah, di sini, terjejas sejak Rabu lalu selepas pelajar dan gurunya dikejutkan dengan kejadian histeria membabitkan kira-kira 40 pelajarnya yang berlarutan sehingga semalam.
Difahamkan, kejadian itu bermula sejak minggu lalu sehingga sesi pembelajaran di sekolah itu tidak dapat berjalan seperti biasa.
Kejadian histeria itu dianggap terburuk melanda sekolah terbabit hingga mereka terpaksa minta bantuan seorang pengamal perubatan Islam dari sebuah pusat rawatan Islam di Johor Bahru untuk merawat pelajar berkenaan.
Penaung Pusat Rawatan Islam Zahratus Syifa’ Hafsah Ahmad berkata, pihaknya dipanggil seorang guru sekolah itu untuk mendapatkan bantuan rawatan selepas mendakwa beberapa orang pelajar sekolah terbabit terkena gangguan histeria.Menurutnya, dia hadir dengan berbekalkan bacaan ayat al-Quran dan air zam zam untuk mengubati sebagai ikhtiar menghalau makhluk halus yang mengganggu pelajar sekolah itu terutamanya perempuan.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com