Nampak masa free tak?

Januari 08, 2015
Aku sebelum nikah, selalu ke gym. Bersukan. Sekarang, susah betul nak g gym. Aku tercari-cari juga masa yang sesuai untuk ke gym. Yelah, dulu aktif, lepas tu terus stop. Habis sakit badan-badan aku ni.

Siang kerja. Biasa balik dalam pukul 2000. Kadang awal sikit. Sampai rumah. Mandi, siap-siap. Lepas tu layan anak. Makan gan family. Dah pukul 2200. Takkan nak g gym lepas pukul 2200 kan?

Hujung minggu kadang kerja. Kalau tak kerja, masa riadah dengan family. Riadah dengan family tak sama dengan bersukan kat gym. Kat gym lebih fokus pada otot-otot.

Kat rumah aku sekarang, ada 2 set dumbbell. Boleh katakan tak bergerak langsung. Hish. Balik kerja aku pandang je. Dalam hati ni, membuak-buak nak pegang. Kang kalau start pegang, mesti aku completekan set. Takkan nak panas badan je kan?

Hmm. Aku tak nampak kat mana masa yang free. Tercari-cari juga. Betul-betul bersemangat nak masuk gym balik ni.

1 ulasan:

  1. Kak Lya time free ssh nak dapat ..Biasa mmg sibuk tak cukup masa nak urus anak2 ..Kakak dengan pelajaran dia..Iman lagi ..Akif lagi kdg2 tak sempat nak mengajar anak2..Kak Lya peruntukkan jam 9 pg hingga 12 atau 1 tgh masa utk anak2 belajar..Umi duk dekat tgk apa yang patut ..Malam masa diaorg mengaji quran ..Kak Lya dan suami ajar sendiri ..Tu kalau cuti sekolah ...Kalau hari sekolah rutin berubah ..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.