Malasnya harini!

Januari 08, 2015
Aku bangun tidur awal pagi tadi. Sebab hujan turun dan keadaan bilik sangat sejuk. Bangun tutup kipas. Kemudian temenung di awal pagi. Memikirkan cara untuk capai target tahun 2015 ni.

Bila cukup time, mandi. Lepas tu bergerak ke tempat kerja. Sampai tempat kerja, datang pulak mood malas nya. Hish!

Semuanya sebab aku perlu berhadapan dengan audit minggu hadapan. Arghh! Aku paling tak suka audit2 nih! Tapi kena juga hadap.

Aku jadi tensen sebab, setiapkali audit, aku yang kena. Walhal dalam group aku ada 3 orang. Kenapa lagi 2 orang tu tak kena ek? Hish!

Semalam aku balik lambat, sebab nak siapkan data preparation audit minggu depan. Dah buat separuh dah, baru aku perasaan, check sheet yang aku guna tu, data yang lama. Tak update! Lagi la aku tension. Dah kena buat balik. Huh!

Keje last minit, memang stress. Tapi sebenarnya, kalau pandai manage masa, semua jadi mudah. Rasanya, sebab tu kot bos aku suruh aku pergi training time management.

Yelah bos, nanti aku uruskan masa aku dengan baik yer. Yang penting, bonus kasi lebat yer. Boleh tak bos? Hahahahahahha.

"Bos, hantar training tak best la, hantar jadi chuzai kat jepun 2 tahun boleh? Hehehehehe"


1 ulasan:

  1. time belajar audit memang xbest tapi dpt praktikal kt jbtn audit..syok buat audit...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.