Siapa cakap bank tak buat silap?

Januari 13, 2015
Pertama kalinya, alhamdulilah, dapat juga kunci rumah setelah hampir 2 tahun tunggu. Agaknya pemaju ni memang saja tunggu cukup 2 tahun, entahlah.

Perasaan seronok tu, bertukar kecewa bila aku nak amik kunci rumah. Ada aku ceritakan kat entry ni : bayaran late payment oleh bank.

Sekarang ni, aku dalam proses untuk dapatkan balik wang yang aku perlu bayar kepada pemaju. Kesalahan mengarut daripada pihak lain, aku pulak yang kena tanggung. Mengarut sungguh!

Bila kita buat report pada bank, bank akan ambil masa 1 bulan hanya untuk buat siasatan. Hanya untuk buat siasatan yer, bukan siap dengan keputusan tau.

Lain pula kalau korang buat report dengan bank negara, bank negara cuma bagi masa 14hari sahaja untuk bank buat keputusan.

Bank ni pulak, kalau dia minta duit orang, lewat sehari pun dia cas. Kalau korang minta claim gan bank, lagi lama la diarang ni buat. Huhuhu.

Dah dekat sebulan lebih aku tunggu, last-last peguam aku cakap, kesalahan adalah berpunca daripada bank yang tersilap hantar surat kepada peguam. What?!!

Waktu aku sign S&P, peguam bank cakap nak carikan peguam untuk aku. Dalam masa yang sama, pemaju perumahan ada peguam sendiri dan aku perlu sign dengan peguam pemaju.

So, aku sign dengan peguam pemaju pada bulan 3 2013. Masalah yang berlaku adalah, pihak bank hantar surat kepada peguam yang mereka ada suggestkan untuk aku. Bukan pada peguam pemaju.

Dan mereka hantar surat pada bulan 4 dan bulan 5 2013. Dah kenapa kan? Aku sign bulan 3, dan ini bermakna aku memilih untuk menggunakan perkhidmatan peguam pemaju dan bukannya peguam bank.

Macam-macam alasan lah mereka ni nak bayar balik duit aku kan? Aku cuma bagi masa beberapa hari je lagi, lepas tu, aku nak terus buat aduan kat bank negara. Sangat -sangat mengarut lah mereka-mereka ni.




1 ulasan:

  1. jgn tgu2 lagi tkt makin lama nanti makin rumit dan dorg makin panjang akal nk ltkkan kesalahan tu pd kite

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.