Rahsia masakan ibu anda, yang perlu anda ketahui.

Januari 08, 2015
Ramai yang cakap, yang masakan ibu mereka tiada tandingan di dunia ini, walaupun dengan chef terkenal dunia. Masakan ibu juga yang di cari walau di mana sahaja mereka berada.

Kalau tengok pada menu masakan, simple je. Kadang nasi panas, telur, ulam, sambal belacan dengan ikan masin. Itu pun dah cukup sedap dah. Boleh tambah banyak kali.

Apa yang membuatkan ianya jadi sedap walaupun simple? Bukan tak boleh buat sendiri kat rumah. Kenapa perlu cari juga masakan ibu?

Rahsianya adalah, rencah yang tidak ada pada chef-chef terkenal tetapi hanya ada pada ibu-ibu di dunia. Rencah yang tidak boleh di beli dengan wang ringgit atau paksaan.

Ia adalah kasih sayang. Kasih sayang seorang ibu. Ibu memasak dengan penuh kasih dan sayang kepada anak mereka. Makanan yang akan mengenyangkan anak mereka. Perasaan itu masuk ke dalam masakan dan di makan oleh anak. Ini adalah anugerah Allah kepada setiap manusia.

Cuba anda berbual di dalam telefon, jika orang yang berbual dengan anda dalam keadaan senyum dan gembira, anda pasti boleh merasakan nya. Betul bukan?

Samalah juga dengan masakan ibu. Kasih sayang mereka terhadap anda, terserap ke dalam makanan yang di makan anda. Sebab tu la masakan ibu, adalah masakan paling sedap di dunia daripada sudut fikiran anda. :)


1 ulasan:

  1. saya sokong..dari kecik memang dah makan masakan emak..tambah pula mak masak mesti disulami doa2 dan zikir..tu bertambah sedap dan anak2 mesti carik masakan mak dia sendiri

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.