PQCT : Process Quality Control Table.

Januari 27, 2015
Disebabkan aku takda idea nak post cerita kat blog aku ni. Aku cerita la sikit-sikit pasal kerja aku. Hehehehe. Baik, apa itu PQCT? PQCT bermaksud Process Quality Control Table.

Apa benda ni? Ok, dia macam data yang diperlukan untuk pemasangan sesuatu part di line production. Aku bagi contoh mudah. Kita ambil Televisyen LED. PQCT digunakan untuk pekerja tahu apakah yang perlu mereka pasang secara keseluruhannya. Atau dengan kata mudahnya, jika seseorang pekerja itu diberikan Process Quality Control Table ini, mereka boleh menghasilkan sebuah Televisyen LED dengan mudah. Ha, percaya tak?

Data ni, macam buku manual yang biasa kita dapat kalau beli perabot pasang siap. Contohnya kalau kita beli perabot kayu untuk menyimpan kasut. Kan ada buku manual kan? Kita tak tahu pasang perabot tu, rujuk je kat manual yang diberikan, confirm kita boleh siapkan sama macam dalam gambar. Kan? Tetapi itu cuma data simple sahaja. PQCT atau Process Quality Control Table biasanya digunakan untuk satu-satu pemasangan yang rumit. Macam contoh yang aku berikan tadi la.

Bagaimana rupa PQCT ni? Process Quality Control Table ni, biasanya di simpan di dalam lever arch file. Tebal. Beratus mukasurat. Ambil contoh Televisyen LED tadi. Apakah komponen asas bagi TV LED ni? Katakan motherboard (aku pun taktau apa komponen asas dia yang sebenarnya). Mula dari motherboard, kemudian pasang komponen kecil, lepas tu pasang apa, lepas pasang ni, pasang apa pula. Sampailah siap sepenuhnya TV LED, dah boleh digunakan.

Dalam PQCT ni juga ada dinyatakan apakah peralatan yang digunakan. Jika ada mengunakan torque wrench, berapakah nilai torque yang perlu digunakan. Jika ada mengunakan Impact wrench, berapakah nilai kekuatan yang perlu digunakan. Termasuklah mesin dan sebagainya. Macam yang aku cakap tadi, kalau kita beri Process Quality Control Table ni pada seseorang pekerja, mereka boleh menyiapkan sepenuhnya part itu dengan betul dan baik.

Penting ke data ini?? Penting, kerana, jika seseorang yang tiada pengetahuan berkaitan sesuatu bidang, jika mereka dapat PQCT ni, mereka boleh buka kilang sendiri. Ha. Sebab Process Quality Control Table ni macam kitab lengkap bagi pemasangan sesuatu produk tu. Ha.

Kebiasannya, syarikat besar akan mengunakan data ni. Dan bila ada PQCT, pasti akan ada OPS. Ha? Apa tu? OPS bermaksud Operation  Standard. OPS atau Operation Standard ni lebih detail daripada PQCT. Yang mana, data ini dipecahkan kepada process-process yang lebih kecil.

PQCT digunakan untuk menceritakan keseluruhan proses. Tetapi kalau kita beri seorang pekerja sahaja untuk menyiapkannya, pasti mengambil masa yang panjang. Jadi, kita perlu pecahkan proses pemasangan kepada yang lebih kecil. Katakan kita memerlukan 10 orang pekerja bagi menyiapkan televisyen. Setiap proses tersebut memerlukan manual untuk memudahkan pekerja memasang part-part dalam proses mereka. Data inilah yang di panggil: OPS ataupun Operation Standard.

Ok, faham tak dengan PQCT atau Process Quality Control Table ni? Harapnya fahamlah kan dengan penerangan serba ringkas aku ni. Ada masa tambah dengan kerajinan aku, aku ceritakan pula perihal OPS. Ok!


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.