Perbezaan antara kaya dan miskin.

Kalau di lihat antara orang kaya dengan orang miskin, sebenarnya semua sama. Apa yang sama? Mereka ada 24 jam, sama macam orang miskin. Orang kaya ada malam dan siang, orang miskin pun ada. Tapi apa yang membezakan di antara orang kaya dan miskin ni?

Jawapannya adalah bagaimana orang kaya menggunakan masa yang mereka ada. Bagi mereka, 24jam itu seperti tidak cukup. Inilah perbezaan antara kaya dan miskin. Mereka kurang tidur, tetapi banyak bekerja. 

Bukanlah kata orang miskin banyak tidur, cuma kurang usaha. Lebih kepada mengharapkan rezeki datang dengan sendiri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur yang macamana? Cukuplah dengan apa yang ada, ini sahaja rezeki yang ada. Ini juga perbezaan antara kaya dan miskin. Orang kaya mahu dibayar dengan apa yang mereka buat. Orang miskin di bayar dengan jam mereka bekerja. Kehidupan mereka ditentukan orang lain.

Aku terkesan dengan entry seorang rakan blogger tentang botol mineral. Yang mana, jika kita isi air mineral di dalamnya. Harganya cuma biasa. Kalau guna botol tu untuk isi air berperisa, harganya akan meningkat. Bagaimana pula kalau isi jus buah-buahan pula? Harganya sudah pasti meningkat lagi. Apa kaitannya dengan perbezaan antara kaya dan miskin ni?

Kalau kita tengok, asasnya adalah botol. Sama juga dengan manusia. Tubuh manusia itu ibarat botol air mineral tadi. Yang membezakan antara setiap orang adalah, isian di dalam tubuh mereka. Sama macam isian di dalam botol air tu tadi. Orang miskin mengisi kehidupan mereka dengan air mineral, yang mana harganya pasti rendah. Dan orang kaya mengisi kehidupan mereka dengan jus buah-buahan. Dan, itu yang membuatkan "harga" mereka mahal di pasaran. Nampak tak perbezaan antara kaya dan miskin.

Cuba tanya diri sendiri, berapa pentingnya kita kepada masyarakat setempat dan berapa harga kita di pasaran? Bunyi macam jual diri pulak kan? Macam ni, orang kaya, punya harga yang mahal. Hinggakan setiap masa mereka sangat berharga. Ini perbezaan antara kaya dan miskin.

Aku buat kira-kira mudah berkaitan perkara ni. Ambil kasar purata gaji sebulan adalah RM3000. Ini macam standard untuk semua. Mungkin ada yang lebih rendah, tapi aku ambil nilai ini sebagai contoh.

Gaji sebulan RM3000, dalam sebulan ada 31hari. Ini bermakna, untuk 1 hari, mereka di bayar dalam RM96.77. Itu untuk 1 hari, berapa pula untuk 1 jam? Nilainya dalam RM4.03. Berapa pula untuk 1 minit? RM0.07. Apa kaitannya dengan perbezaan antara kaya dan miskin?

Aku buat juga kira-kira untuk orang kaya. Supaya senang nak nampak perbezaannya. Ambil nilai paling rendah. Purata pendapatan tahunan adalah RM1,000,000. Ini adalah pendapatan tahunan yer.

1 tahun RM1,000,000. Sebulan? RM83,333. Sehari? RM2688. 1jam? RM112. 1 minit? RM1.86. Nampak tak perbezaan antara orang kaya dan miskin? 1 minit masa orang kaya bernilai RM1.86 dan 1 minit masa orang miskin berharga cuma RM0.07. Perbezaan RM1.79!

Ini yang aku maksudkan dengan harga mereka di pasaran. Ini jugalah perbezaan antara kaya dan miskin. Orang kaya tidak menyerahkan sepenuhnya kehidupan mereka kepada nasib. Jika pun mereka di lahirkan di dalam keluarga sederhana atau miskin, mereka akan mengubah nasib mereka itu. 

Sekarang cuba kira berapa harga diri masing-masing. Berapa harga masa 1 minit. Dan jika rasa selesa, alhamdulilah. Jika ingin di bayar "mahal", apa lagi, mulakan langkah sekarang. Tak perlu tunggu masa yang sesuai untuk mengubah nasib. Masa tetap berjalan, tetapi kalau masih menunggu masa yang sesuai, tak kemana perginya.

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.