Mimpi: Mainan tidur atau petunjuk?

Januari 23, 2015
Ok, siapa yang belum pernah bermimpi sepanjang hidupnya? Agak pelik bila kita dengar ada manusia yang tidak pernah bermimpi. Persoalannya adalah, mimpi itu mainan tidur atau ia adalah petunjuk kepada seseorang manusia itu.

Kenapa aku bercerita pasal mimpi harini? Sebabnya adalah, aku bermimpi perkara yang sama, berulang kali dalam seminggu dua ni. Aku sendiri tak paham kenapa dan mengapa. Adakah ia suatu petunjuk atau sekadar mainan tidur?

Aku ada pelik sikit bila bercerita pasal mimpi ni. Pelik yang macamana? Contohnya jika aku mempunyai banyak persoalan yang ingin aku tanyakan kepada seseorang. Aku akan bermimpikan orang itu, dan aku akan tanya semua persoalan aku kepada orang itu. Dan bila aku terjaga daripada tidur, aku akan dapat semua jawapan yang aku inginkan. Korang percaya tak apa yang aku cakap ni? Percayalah kerana aku tidak berbohong.

Satu lagi perihal aku dengan mimpi ni adalah, jika aku berasa tidak selesa di dalam mimpi aku, aku akan keluar daripada mimpi tu. Maknanya, jika aku bermimpi buruk, aku akan segera keluar daripada mimpi tu dan terjaga dengan keadaan yang sangat penat. Penatnya sama macam baru lepas jogging. Ha, percaya tak? Percayalah kerana aku tidak berbohong.

Cerita di atas ni cuma selitan je. Persoalan aku adalah, mimpi itu mainan tidur atau petunjuk? Aku cuba search dengan pakcik google, dan dapat sedikit info mengenai mimpi ni.


"Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian." (Hadis Riwayat Muslim)"

"Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (Hadis Riwayat Muslim)"

"Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan 'alhamdulillah' dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id)."

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.