Menderma biar ikhlas.

Januari 05, 2015
Aku terkadang naik hairan, bukankah jika ada kebaikan yang kita lakukan, ianya perlu disorokkan dan tidak perlu dihebahkan?

Ini lain pula jadinya, nak menderma, nak membantu, habis semua di panggilnya, amik gambar sana, amik gambar sini, sebab nak kasitau masyarakat dunia yang mereka ini keluarkan duit mereka untuk membantu.

Apakah pandangan masyarakat itu lebih penting daripada tempatnya di sisi maha pencipta? Apakah nama itu lebih penting?

Esok jika sampai ajalnya, bolehkah mereka dengan angkuh berkata kepada yang maha pencipta, bahawa mereka sudah mengeluarkan pendapatan mereka untuk membantu orang lain dengan di saksikan ramai masyarakat?

Usahlah terlalu berbangga dengan apa yang anda ada sekarang. Biarlah ianya hanya diketahui oleh Allah. Berkat rezeki tu, malah ianya akan bertambah lagi. Bukan sikap riak yang ada dalam diri.

Ikhlas aku katakan, aku sendiri ada mengetepikan sedikit wang untuk badan-badan tertentu. Dan sehingga kini, aku rasakan, pemberian yang sedikit aku berikan itu, tidak cukup sempurna. Kerana ada sifat tidak elok di dalam diri aku. Dan aku sedang bekerja keras menghilangkan sifat itu.

Bagaimana pula dengan mereka yang mengeluarkan puluhan, ratusan ribu ringgit? Dengan bersaksi banyak mata?? Hanya Allah yang mengetahuinya.



Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.