Klinik kesihatan sentiasa penuh?

Januari 20, 2015
Klinik kesihatan yang aku maksudkan berada di bandar alor gajah. Seingat aku, belum ada lagi hari yang tiada pesakit. Hampir setiap hari penuh! Mulanya aku tak perasan pun, tapi bila wife cakap, baru aku perasan. Klinik kesihatan kat sini, sentiasa penuh! Baik pagi, baik malam.

Ini berbeza bila aku pergi klinik di telok mas. Tak pernah lagi aku tengok penuh. Ada 2-3 pesakit je. Kat masjid tanah pun sama. Orangnya dalam bilangan tu je. Berbeza dengan klinik kesihatan kat alor gajah ni. Sentiasa penuh. Heran juga, orang sini ramai yang sakit ke? Ish!

Bukan kata aku selalu pergi ke klinik yang sentiasa penuh ni. Dekat area klinik ni, ada restoran makanan segera. Aku biasa pergi situ, dari cermin tingkap dah boleh nampak keadaan kat klinik tu. Memang orang sentiasa penuh. Kadang, sampai ke luar orang tunggu. Ha, nampak tak ramainya orang datang klinik ni? Boleh juga aku katakan kat sini, hampir setiap hari, begitulah keadaannya.

Persoalannya sekarang, kenapa klinik dekat bandar alor gajah ni sentiasa penuh? Adakah benar-benar orang sakit atau sebab nak ambil mc semata-mata? Ish, dah timbul perasaan tak elok dalam diri aku kan? Bukan apa pun, saja je aku nak cerita perihal klinik yang sentiasa penuh ni.

Cerita ini tiada kaitan antara yang hidup dengan yang mati yer..

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.