Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 6 rumah PPR Kota Damansara

Januari 29, 2015
Tersentap sekejap aku pagi tadi bila tengok gambar dalam 1 page di facebook. Gambar kanak-kanak jatuh dari tingkat 6. Hmm. Kabarnya, penghadang besi pada koridor itu sudah uzur. Besinya sudah patah dan berkarat.

Mengikut apa yang aku baca di akhbar online, aduan sudah di buat, tetapi masih tiada tindakan di buat. Bila dah jadi kes macam ni, confirm tindakan akan dibuat serta merta. Apa perlu mengorbankan seseorang ke, baru tindakan akan di ambil?

Hati mana yang tak terasa bila melihat kejadian ini berlaku kepada anak kecil yang tidak tahu apa-apa ni. Aku ada anak, aku tahu apa perasaan ibubapa bila melihat perkara semacam ini. Tak usah cakap yang ada anak la, sesiapa pun akan rasa jugak apa yang aku rasa.

Diharap keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini. Dan berharap pihak berwajib, sila ambil tindakan segera sebelum banyak lagi kes seperti ini berlaku.

Al-fatihah.

- Tak usahla aku share gambarnya, kerana keluarga mangsa pasti akan lebih berdukacita.

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.