Semua Ibubapa bakal hilang hak penjagaan anak?
Terperanjat seketika aku bila terbaca 1 status di FB yang mana kerajaan sedang mengkaji akta, mana-mana ibubapa yang merotan anak mereka boleh di hukum. Ia seakan semua ibubapa bakal hilang hak penjagaan anak mereka.
Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya bukan semua ibubapa yang merotan anak mereka dengan niat menyakiti anak mereka. Ia bertujuan mendidik. Bukan semua ibubapa yang tidak sayangkan anak mereka. Hanya segelintir sahaja yang tidak memperdulikan anak mereka. Langsung tidak menghargai anak yang dikurniakan kepada mereka. Jadi, bila hal seperti ini di buat, ia seakan semua ibubapa bakal hilang hak penjagaan anak mereka.
Apa mungkin, 1 hari nanti, memarahi anak dengan nada yang tinggi juga boleh dikenakan denda atau dipenjara? Jadi, mana hak ibubapa dalam mendidik anak? Bukanlah aku cakap setiap masa perlu gunakan rotan atau tinggikan suara. Manusia, sampai masanya pasti berlaku, tetapi tidaklah sampai membinasakan tubuh anak tu. Jika perkara ini berlaku, sudah tentu ibubapa bakal hilang hak penjagaan anak mereka.
Mungkin ada ibubapa yang bersetuju dengan cadangan untuk menghukum mereka yang merotan anak. Tetapi tidak pada aku. Kerana pada aku, rotan juga salah satu alat dalam didikan anak. Aku tidak cakap, yang rotan perlu sentiasa digunakan, ia pada aku sebagai simbol kepada kesalahan. Jika anak melakukan kesalahan berulang kali, baru aku gunakan. Kesalahan berulang kali adalah, bilamana kita sebagai ibubapa telah berulang kali mengingatkan anak-anak tentang kesalahan yang mereka lakukan. Itu hak ibubapa dalam penjagaan anak-anak mereka.
Bagaimana pula dengan pendapat anda?
Bagaimana pula dengan pendapat anda?
Ha, betul tu.. Kan? Hmm
BalasPadamBagi aku dunia akhir zaman dah kalau mak bapak marah anak kena hukuman. Ini dah macam manusia melahirkan tuan.
BalasPadamPastu kan Rasulullah ajar rotan tapak kaki untuk menegur anak yg degil utk solat. Kan elok kalau semua baca tentang cara Rasulullah mendidik anak. :)
Itulah, dah macam makin mengarut pulak. Kita ibubapa, kena dengar je cakap anak-anak. Sepatutnya, mereka yang dengar cakap kita. Hmm
BalasPadam