Dia pun nak jugak!
Siapa yang aku maksudkan? Dia adalah anak aku. Anak lelaki. Apa sahaja yang aku buat, dia pasti ikut. Ibubapa kan cermin kepada anak-anak.
Aku pakai minyak rambut, dia pun nak minyak rambut. Terpaksa la aku letakkan sedikit kat kepala dia. Aku sikat rambut, dia pun nak sikat jugak, walaupun dia berambut pendek @ botak. Hehehe. Aku sebenarnya, tak suka anak aku berambut pendek. Tetapi wife tak suka anak aku berambut panjang, jadi dia akan sentiasa pastikan rambut anak kami pendek. Hmm.
Wife pun tak suka berambut panjang. Rambutnya mesti di atas bahu. Berbeza pula dengan aku. Hehehehe. Aku lebih selesa berambut panjang. pernah dulu, rambut aku melebihi paras bahu. Ada juga sekali, hampir ke paras pinggang.
Jika boleh. Jika boleh aku ingin jadi seperti ini:

Berambut panjang dan berjambang. Tetapi aku dilahirkan dalam golongan mereka yang "bersih". Janggut pun takda. Hahahahha.
Bila aku naik kereta, kalau cuaca panas, aku akan gunakan cermin mata hitam. Sama la jugak. Dia nak jugak cermin mata. Terpaksa la aku belikan satu.
Pendek kata. Apa yang kita buat, dia nak. Anak baru meningkat naik ni kan. Dia belajar dengan keadaan sekeliling.
Aku juga perlu berhati-hati semasa bercakap. Sebab, pernah sekali aku menggunakan bahasa yang kurang elok, dan ianya di ikuti dengan anak aku.
Yelah, kita pandu kereta hati-hati, kena pulak dengan pemandu yang bawa tak tentu arah. Terkeluar la bahasa yang kurang elok. Ha. Spontan kot.
Apa pun. Anak anugerah Allah. Hargai mereka seadanya. Amin. Syukur padamu Ya Allah.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com