Teksi seret motosikal rupanya mangsa samun.

Disember 11, 2014
Kalau ada yang tengok video sebuah teksi mengheret sebuah motosikal hingga keluar percikan api tu, mesti ramai yang berfikir yang mangsa yang menaiki motosikal adalah mangsa langgar lari. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Pemandu teksi berbuat demikian adalah kerana beliau menjadi mangsa samun!


Kuala Lumpur: "Mereka nak samun, saya takut dan terus melarikan diri," kata Mahindran, 51, pemandu teksi yang menjadi viral di laman sosial apabila didakwa melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal berdekatan kedai serbaneka di Jalan 29, Selayang Jaya di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 petang itu, bapa kepada lima anak itu berkata, dia didatangi dua lelaki menunggang motosikal ketika dia melakukan pemeriksaan pada bateri teksinya.

Menurutnya, dua penunggang motosikal terbabit secara tiba-tiba meminta wang, menyebabkan dia takut dan terus masuk ke dalam kereta untuk melarikan diri.

"Bagaimanapun, seorang daripada suspek meletakkan motosikalnya di hadapan kereta dengan niat menghalang saya melarikan diri. Saya bimbang dicederakan dan nekad merempuh motosikal itu," katanya.

Menurutnya, dia terus memandu sehingga memasuki lebuh raya apabila seorang penunggang motosikal terbabit cuba memecahkan cermin teksinya itu

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.